Ahad, 5 Januari 2020

5 SEBAB KARIM BUJANG TIDAK LAYAK MENJADI AHLI PARLIMEN KIMANIS



Saya telah mengikuti jentera Karim Bujang sejak tahun 1990 iaitu ketika Pilihan Raya Umum Ke-8 sejurus selepas menamatkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda di UKM. Ketika itu, saya membantu Karim Bujang sebagai perantara di dalam menjalinkan hubungan baik antara Karim Bujang dengan masyarakat Brunei, KadazanDusun dan Bajau untuk memastikan kemenangan beliau di Bongawan.
.
Walaubagaimanapun, saya telah tersilap langkah kerana mengikuti percaturan Karim Bujang yang menyertai Parti Warisan Sabah bagi menentang Anifah Aman. Saya akui, perjuangan barisan ahli politik Parti Warisan Sabah adalah bertunaskan dendam dan harta benda semata-mata. 
.
Segalanya bermula apabila berlakunya konflik politik di Sabah pada tahun 2008 dan 2013 yang menyaksikan barisan-barisan adun dan ahli parlimen di Sabah yang terlibat di dalam skandal rasuah dan penyelewengan wang diketepikan oleh Musa Aman daripada bertanding di dalam Pilihanraya Umum. Senarai nama yang diketepikan tersebut termasuklah Karim Bujang yang merupakan ketua kami.
.
Konflik menjadi semakin meruncing apabila terbongkarnya skandal Jabatan Air dan KKLW yang melibatkan Shafie Apdal, Hamid Apdal, Peter Anthony, Aziz Jamman, Manzur Hussien dan Amarjit Singh terbongkar. Ianya berakhir dengan penubuhan Parti Warisan Sabah yang dianggotai oleh barisan-barisan ahli UMNO yang telah pecah tembelangnya.
.
Ketika itu, saya hanya mendiamkan diri dan mengikut percaturan Karim Bujang memandangkan Anifah Aman tidak pernah membantu di dalam memberikan surat sokongan untuk kami mendapatkan projek membaiki jalanraya di Kimanis sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 2010, 2013, 2014 dan 2017. Saya hanya bergantung pendapatan dengan kerja sampingan bantuan Karim Bujang dan Hadi Bazli sepanjang tempoh itu.
.
Walaubagaimanapun, sejak terbongkarnya pengakuan Aziz Jamman mengenai Projek IC moden melalui PSS, saya merasa sudah menjadi tanggungjawab saya selaku rakyat Sabah untuk bangkit mendedahkan segalanya tanpa mengambilkira nasib dan sumber pendapatan saya kelak. Saya menyedari bahawa tindakan saya ini jelas telah terpesong dan salah dari sudut agama dan bangsa.
Saya tidak mahu lagi mengkhinati rakyat Sabah khususnya orang-orang Kimanis. Saya perlu mengambilkira akan masa depan anak muda Kimanis berbanding duit poket saya sendiri. Saya senaraikan beberapa asbab mengapa Karim Bujang perlu ditolak di Kimanis;

1. Selama beliau menjadi wakil rakyat, tiada pembangunan yang dikecapi di Bongawan. Beliau lebih cenderung untuk mengumpul kekayaan melalui komisyen projek semata-mata. 
.
2. Karim Bujang ditolak oleh orang-orang kampungnya kerana sifatnya yang suka menabur janji tetapi tidak pernah ditunaikan. Pernah suatu ketika dahulu, kami dijanjikan dengan bantuan membaik pulih rumah di kampung-kampung tetapi bertahun-tahun berlalu hanya tinggal janji. Bantuan tersebut hanya diterima pada tahun 2014 ketika Bongawan diterajui oleh Mohamad Alamin.
.
3. Karim Bujang bertanding di Kimanis atas tujuan dendam dan projek semata-mata terutamanya dengan harapan Projek Pemindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabah di Kimanis diluluskan yang melibatkan sejumlah komisyen yang besar sekiranya beliau membantu kontraktor-kontraktor Cina mendapatkannya.
.
4. Karim Bujang jarang melawat rakyat bagi menghulurkan bantuan selepas memperoleh undi. Pernah suatu ketika di tahun 90-an, seorang warga tua yang meminta sedekah di Bongawan diludah oleh beliau kerana menumpahkan air di bajunya.
.
5. Karim Bujang digugurkan oleh Musa Aman sebagai calon Pilihanraya disebabkan skandal rasuah. Beliau mampu membina rumah bernilai RM8 Juta di Putatan dan Resort di Binsuluk ketika menjawat jawatan Pembantu Menteri Pelancongan Sabah.
.
Maka, saya selaku anak jati Kimanis menyeru masyarakat Kimanis menolak Karim Bujang dan Parti Warisan Sabah dalam PRK Kimanis demi masa depan anak cucu kita. Kita tolak calon penipu dan jahanam.

*Ramli : 29 Disember 2019*
*Bekas Ahli Warisan Kimanis*