![]() |
| Masjid Daerah Taiping |
Memang diakui semasa BN memerintah Perak mereka telah berjaya menguasai beberapa masjid di negeri ini dan menjadikan masjid tempat kempen politik dan caci maki mereka. Di Taiping masjid Kampung Expo telah menjadi markas mereka walaupun parti PAS tidak mengeluarkan sesen pun untuk pembinaan masjid tersebut, malah mereka pernah membuat solat hajat agar masjid baru tidak didirikan. Ini kerana mereka takut jika masjid itu dibina mereka gagal untuk menguasai masjid tersebut, tapi atas dasar tipu muslihat mereka akhirnya menguasai jawatan kuasa masjid baru ini kerana JAIP dan Wakil Rakyat Kamunting gagal menangani krisis tersebut.
Hari ini cita-cita mereka boleh menjadi kenyataan dengan saranan MB baru Perak. Selepas ini kita akan lihat masjid akan jadi alat propaganda politik PAS.
Mereka menggunakan contoh zaman Nabi Muhamad S.A.W masjid juga dijadikan tempat politik. jadi mereka akan lakukan sama hari ini kerana mengunakan alasan tersebut.
Adakah PAS akan berusaha mendamaikan semua masyarakat Islam dan bukan Islam di Perak dengan tindakan mereka.
Aku tak nampak pun tindakan mereka sama dengan Nabi Muhamad. Dahulu apabila UMNO berusaha untuk mencapai kemerdekaan dan bersahabat dengan MIC dan MCA maka PAS tuduh yang bukan-bukan. Pada hal tindakan UMNO ingin mencontohi Piagam Madinah. dan UMNO tidak menggunakan masjid untuk itu.
Tak kisah lah mereka nak ambil masjid di Perak, biarkan mereka bergembira, kita tunggu PRU 13. bila BN ambil alih , kita pastikan satu masjid pun tidak akan dimiliki oleh orang PAS.










Apa sudah jadi sama you Samy...cakap macam orang hilang pedoman, Dulu masa jadi ketua tak mahu jaga orang India betul-betul. Jiwa orang India sudah masuk angin keluar asap. HINDRAF sudah masuk perut orang India Malaysia. DAP, PKR dan PAS sudah berjaya mencuri hati orang India. aku bertanya seorang budak India berusia 10 tahun..."tambi....Samy Vellu itu bagus kah?" apa dia jawab...'Aiyo,,itu Sammy tarak bagus punya orang, Dia tarak jaga orang India,"

