Rabu, 2 Julai 2008

Keluar Masuk Negara bernilai RM450.

Apabila sebuah akhbar beberapa hari lalu mendedahkan betapa mudahnya pendatang keluar masuk ke negara kita hanya dengan bayaran RM450. Pendedahan ini amatlah memalukan negara dan pihak yang diamanahkan untuk menjaga pintu keluar/masuk telah ditempelak oleh pendedahan media tersebut.

Itu kisah sempadan negara yang dikelilingi oleh Selat Melaka. Kalau perairan negara begitu mudah dibolosi pendatang maka ianya akan lebih mudah jika sempadan daratan.

Kedatangan mereka walaupun tidak mengancam keselamatan negara tetapi kerajaan mesti memastikan setiap sudut mesti kebal dan sukar di bolosi pendatang. Penguatkuasaan hari ini ternyata gagal. Oleh isu satu mekanisma harus dicari. Saya berpandangan pihak tentera boleh memainkan peranan jika lebih kuasa diberikan kepada mereka. Hari ini kita akui tentera mengawal sempadan secara bersama dengan Indonesia dan juga Thailand. tetapi bagaimana yang telah berjaya lepas dan hidup senang lenang di bandar-bandar besar dan kampung-kampung di negara ini, Baru-baru ini Rela dan Polis telah menggembur kawasan penempatan haram di Taiping. (Port Weld) Ia juga satu pendedahan yang mengejutkan. Kita tak sangka wujudnya pendatang asing yang hidup dengan menebang dan menjual bakau, menternah kerang dan sebagainya.

Setiap operasi harus disertai oleh tentera juga, tak cukup oleh Rela, PGA dan Imegresen. Hari ini tentera Malaysia kerjanya bukan lah teruk sangat seperti zaman ancaman komunis dahulu. Askar hari ini petang-petang cabut rumput, main bola tampar atau bola sepak. lebih baik tenaga mereka di gerakkan untuk mencari dan memusnahkan sarang-sarang pendatang haram ini. Lagi pulak hari ini askar-askar banyak yang sudah gemuk dan kuat merokok.

kalau banyak operasi sudah tentu mereka akan kurus dan segak seperti tentera zaman dahulu.