Isnin, 18 Ogos 2008

9 hari yang panjang buat Anwar

Gus Dur merupakan sekutu Anwar di Indonesia begitu juga Amin Rais. Hari ini kita telah mengetahui seekor lagi makhluk yang sudah lama bersembunyi dalam tanah, telah bangun semula akibat dikejutkan oleh rakannya dari sini, lalu dalam antara pejam dan nampak dia telah sama-sama menyokong kenyataan rakannya. Esok atau lusa kita akan dapat kenyataan baru dari sahabat-sahabat dia di serata dunia.

Hari ini juga dia mengaku bahawa dia tak ada wang yang banyak untuk berkempen. Itu juga satu helah dia kerana terlalu ramai rakan penyokongnya yang turun dari satu negara meminta agar dia menyediakan nasi kawah. Dia pula menolak dengan alasan yang lembut bahawa dia tak ada wang untuk menyediakan segala-galanya. Kalau betul tak ada wang kita percaya.

Wang yang ada habis dibelanjakan pada PRU 12. dan baru-baru ini dia telah mencetak risalah propaganda politik bertajuk Anti Konspirasi yang di edar kan sampai ke Taiping pada Jumaat lalu. Buat apa dia jamu buaya-buaya dia. dia tahu penyokong yang datang semua nya buaya kelaparan dan seperti zaman demonstrasi lalu. Bawa kain ikat kepala dan jumpa tauke mereka , duit pun dapat. hari ini penyokong buat perkara sama. Datang dari jauh, bila minta duit dia kata tak dak.

Semalam juga sekali lagi bekalan elektrik terputus semasa dia bercakap. Sama dengan kejadian beliau dahulu di rumah lamanya. Bekalan elektrik juga terputus semasa dia meraikan kemenangannya menumbangkan Tun Gafar Baba.

Satu lagi punca dia tak ada banyak wang ialah kerana dia menyimpan semua wangnya untuk 7 tahun akan datang atau 7 musim . Itu lah falsafah hidupnya semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu. Andainya di kalah 26 hari ini semua wang yang ada padanya akan dilaburkan dalam mana mana bank di luar negara untuk membolehkan dia kembali lagi dalam PRU13, atau untuk dia membina kehidupan baru di negara pilihannya.