- Anwar menderhaka kepada kedua ibu bapanya, Kedua-dua ibu bapa menaruh harapan yang amat tinggi agar anaknya menjadi manusia yang dihormati dan disegani oleh masyarakat. Peluang dan harapan ini di sia-siakan oleh Anwar dengan membuat dan melakukan perbuatan terkutuk sebelum 1974 dengan menentang kerajaan yang dipernah di dokong dan di sayangi oleh kedua ibu dan ayahnya.
- Dengan membuat kacau di Kuala Lumpur dan di Baling Kedah, jelas menunjukkan di membelakangkan perjuangan Umno oleh ibu dan ayahnya.
- Apa bila Anwar di pecat dari jawatan TPM dan Umno dia tidak memohon ampun kepada kedua ibubapanya, sebaliknya mengheret isteri dan anak-anaknya ke satu keadaan sama-sama bersubahat dengan dia. Sepatutnya Anwar tidak boleh mengheret kaum keluarga dalam kesnya. Dia berjaya meyakinkan keluarganya bahawa dia tidak bersalah sebelum dijatuhkan hukuman oleh mahkamah
- Dia juga berjaya memperdaya masyarakat dan anak-anak melayu di Universiti dan juga kolej-kolej supaya keluar dan berdemontrasi untuk membelanya.
- Anwar berjaya mempengaruhi warga universiti kerana mempunyai hubungan baik dengan rakan-rakan pensyarah dalam semasa dalam UM, Abim dan juga Mckk. Apabila ramai anak-anak melayu di pecat atau dibuang dari Universiti, Anwar tersenyum gembira kerana berjaya menipu pelajar-pelajar tersebut, tanpa rasa bersalah kerana menghasut dan meracun pemikiran anak-anak yang ternyata naif dalam hal-hal politik.
- Bayangkan berapa banyak air mata ibu-ibu yang mengalir mengenangkan anak harapan bangsa, agama dan negara tersingkir dari menara gading, sedikitpun Anwar tidak rasa bersalah.
- Anwar dalam kempen politik jijiknya di Permatang Pauh dengan slogan sempena kemerdekaan kali 51, dengan menyeru supaya rakyat Malaysia memerdeka akan diri dari kezaliman kerajaan BN yang ada. Ini juga satu dakyah hina dan jijik beliau. Negara sudah merdeka 51 tahun bulan ini selepas dijajah oleh barat selama 500 tahun.
- Jati diri rakyat melayu masih kuat, selepas 51 tahun merdeka syiar Islam berjaya di tegakkan oleh kerajaan BN. Anwar berjaya menjadi alim dan 'warak' kerana kerajaan Umno yang juga menjadi pegangan ayah dan ibu beliau, Susu, nasi, gula dan beras yang mengisi tembolok Anwar , Isteri dan anak-anaknya adalah duit Umno. bukan duit Amerika, Israel, Filipina atau lain-lain negara yang di sebut Anwar sebagai sekutu dia.
- Isteri dan anak-anak perempuan Anwar memakai tudung juga kerana syiar Islam yang dibawa oleh Umno, ( aku masih ingat ustazah yang mengajar dulu pakai skaf saja dan rambut terdedah kerana kesan penjajahan barat) alhamduliilaah hari ini semua anak-anak dan isteri kita tidaka lagi seperti melayu sebelum merdeka. Semua adalah kerja Umno.
- Wahai pengundi Permatang Pauh, saya menyeru sekali lagi di sini tolak dan buangkan Anwar dari bertakta di jiwa kita kerana dia bukan seorang perwira bangsa, dia adalah anak derhaka kepada kedua-dua ibubapanya kerana perbuatan dan kerja nya tidak direstui oleh ayah dan arwah ibunya. dia telah mengecewakan mereka. maka tempat yang sesuai ialah neraka jahanam.
- Hari ini dia menjadi lebih derhaka kerana menentang pemerintahan Islam atau ulul amri. berdosa menentang dan menfitnah akan sebuah kerajaan YDP Agung. Walaupun Umno dan BN yang memerintah tetapi di perkenankan oleh DYP Agung,
- Menentang BN bererti menantang ibu bapanya, menentang Ulul Amri, menentang YDP Agung dan menentang pemerintahan raja berpelembagaan.
Sabtu, 23 Ogos 2008
Anwar anak derhaka.
Anwar di ibaratkan Tanggang oleh ramai penduduk Permatang Pauh. Kalau dibandingkan dengan Tanggang, Anwar lebih dahsyat dari Tanggang kerana Tanggang hanya menderhaka kepada ibunya sahaja, dan tidak kepada oranga lain. Anwar pula lebih setan dari Tanggang kerana ?