Walaupun Anwar tidak mengharapkan belas kasihan Pas dan Dap kerana begitu yakin akan menang dalam Pilihanraya kecil ini, tetapi sebahagian penceramah Pas seolah-olah lupa akan tutur kata dia yang telah menyamakan Pas dengan Parti Ajaran Syaitan atau Sesat.
Masih terdapat segelintir penceramah upahan dari pantai timur di jemput oleh Anwar untuk berceramah bagi membantunya untuk menang dalam pilihan raya kecil kali ini.
Walaupun setiap ceramah Pkr dalam sehari dua ini kelihatan lengang tetapi penceramahnya masih tetap meneruskan sessi ceramah walaupun tidak mendapat sambutan.
Sudah tentu si penceramah tersebut terpaksa memyampaikan juga amanat Anwar kerana habuan yang di terima sebagai penceramah amat tinggi.
Cukuplah, Anwar tak boleh buat apa kepada bangsa dan negara.
Saya yakin semua orang kuat Anwar di bayar gaji yang tinggi. dan sudah tentu tidak menggunakan mata wang ringgit yang rendah nilainya.
Di Permatang Pauh dia menafikan bahawa dia tak ada wang nak bagi makan kepada tetamu dan penyokongnya, Bohong kalau dia kata tak ada wang. Lihat saja lah poster, banner dan sepandok dan lain-lain bahan kempen, Alang-alang calon memang tak mampu nak buat.
Baru 5 bulan pilihan raya ke 12, Anwar habis wang berjuta. walaupun dia seorang pengangur politik yang mengharapkan isteri nya yang makan gaji dari kerajaan zalim sebagai MP.
Anwar berbohong bab duit ini, dia tak mahu habiskan wang yang banyak hanya untuk mengisi tembolok penyokongnya, yang hadir dari segenap pelusok tanah air, Dalam hati nya tentu berkata 'daripada aku jamu buaya-buaya lapar ini lebih baik balik saja ke dalam sungai
Kepada pemuda-pemuda Pkr di Permatang Pauh , jangan lah sokong dia lagi, cukuplah, baliklah dan gantung bendera Bn kerana emak dan ayah kamu adalah penyokong kuat Umno, Jasa BN dan Umno sangat besar kepada kamu. Dari dalam perut ibu sehingga besar panjang semua di jaga oleh kerajaan Umno.
Oleh itu jangan jadi kacang lupakan kulit seperti Anwar