Dulu ingin menendang keluar Tun Mahathir, setelah berjaya menendang Tun Ghafar, Pak Lah, Sanusi Junid, Abd Hamid Othman dan beberapa lagi veteran Umno. Pak Lah sahaja berjaya kembali ke tempat nya sehingga menjadi PM. Itulah puncak kemarahan dan dendam Anwar.
Sebelum Tun di sepak keluar dari kerusi PM , Allah maha kaya, dia diterajang keluar dengan kesalahan diri sendirnya. Dia telah mendapat kepercayaan Tun untuk menjadi orang No 1, tetapi sikapnya yang ganas dan biadap dalam kabinet dan paling teruk semasa Tun bercuti dan berada di luar negara. Masa itu ibaratkan Hang Jebat ,dia bermaharaja seolah-olah jawatan PM dia yang punya.
Politik kotor dia menjadi-jadi, penyusunan struktur kabinet bayangan telah dibuat, orang Umno mesti disingkirkan, pengikut setia dalam ABIM mesti di naikkan. Kroni-kroni di beri habuan besar, Ceo mendapat ganjaran besar untuk membantu beliau untuk naik ke kerusi no 1.
Hebat sungguh sistem dan jenteranya ketika itu. Itu lah kata orang tua-tua, setiap kerja yang tak ikhlas tak akan mendapat berkat. Tempayan budu terbuka juga, bau busuk seluruh kampung. Lalat semakin banyak. lava membiak beribu-ribu. Akhirnya budu di tiarapkan ke tanah.
Hari ini cita-cita nak jadi Ketua Pembangkang dan pada masa yang sama akan mengambil alih kerusi PM. Mana satu nak pakai. Ketua Pembangkang atau PM? Jelas menunjukkan bahaya dia dalam keadaan terdesak. Semua dia mahu, langsung tak guna akal semasa bercakap. Kereta besar tu bukan kereta dia, tetapi ayah dia punya. Memanglah ayah dia ialah pencen ahli parlimen dan pencen Setiausaha Parlimen kementerian Kesihatan dulu. tapi ayah dia juga pengang banyak jawatan pengarah dan pengerusi semasa dia jadi TPM. Kereta ayah dia , kereta dia juga lah.
Tinjauan hari ini jelas menunjukkan rakyat Ptg Pauh sudah sedar dan menolak orang seperti Anwar ini yang bercita-cita macam Mat Jenin.