Ahad, 17 Ogos 2008

Belum lewat untuk Anwar sumpah liwat

Pas menyatakan sumpah itu adalah ala Kristian, jadi kalau setiap kali kita berdoa dan mengaminkan doa dengan sebutan 'Amin' itu tiru siapa pula? sebab Kristian pun ada sebut 'Amin'
Kita tahu Islam adalah agama yang terakhir dan agama tuhan yang di anut oleh pengikut Nabi Isa lebih dahulu wujudnya di dunia. bab penyelewengan dalam kitab injil tak perlu dibahaskan di sini. Sedang kan soal solat kita pun hampir sama dengan sembahyang satu mazhab Kristian othodok.
Soal cara Saiful itu dakwaan Pas adalah salah tetapi itu hak dia untuk melakukannya. untuk membebaskan dirinya dari disebut liwat sukarela. dia melakukan sumpah supaya dunia dengar dan lihat bahawa kejadian liwat pada diri dia bukan sukarela seperti gay lain. Dia tertekan dengan kejadian tersebut, maka wajarlah dia berbuat sesuatu untuk meringankan jiwa dia.
Orang yang dituduh wajar menafikan bahawa segala tuduhan ke atas dirinya adalah pembohongan dan tipu helah atau niat jahat, maka eloklah dia juga mengangkat sumpah atas nama Allah dengan bimbingan Hadi dan Nik Aziz ikut cara mereka mengangkat sumpah. bukan nya susah untuk bersumpah. dia kalau tak mahu buat di masjid tak apa, pergi lah ke mahkamah syariah dan daftar kes dia untuk membuat sumpah atau boleh pergi ke mana-mana pesuruh jaya sumpah, bayar 10 ringgit tulis skrip dan angkat sumpah. panggil lah berapa ramai pun penyokong dia untuk menyaksikannya. Susah sangat kah nak buat.
Ini dok berdalih di sana sini dan puak Pas pun bongok, buta kayu dok bela dia,

Nik Aziz 'Amin' doa macam mana?