Rabu, 20 Ogos 2008

BPR dan POLIS Jangan kacau Pakatan Rakyat.

"Mahkamah dakwa Anwar, jadi isu politik. Polis nak tangkap kaki pukul ,pun jadi isu , BPR tahan 2 Exco Perak pun jadi isu. Semua nya nak menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat. Kerajaan BN sengaja menggunakan polis dan BPR untuk mejatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat. Apa ini semua, kerajaan zalim dan tidak demokratik."

Sebelum ini mereka mandakwa kerajaan tak telus , kerajaan rasuah. Adakah ini bermakna semua agensi seperti disebut di atas hanya boleh mengorek kes-kes dalam BN sahaja? BPR satu badan berhak menyiasat sesiapa sahaja tanpa memilih bulu, warna dan kulit. Parti Pakatan harus ingat mereka bukan sahaja sudah jadi kerajaan di 5 negeri tetapi kena buat kerja, dan buat kerja dengan betul jangan sampai ditahan BPR macam apa yang berlaku di Perak.

Sekarang Nizar nak sorok muka kat mana? Anwar nak bela apa lagi..Kalau dah kena tangkap tu biarkan BPR selesaikan kerja mereka , Pakatan Rakyat dok diam sajalah. Kalau dah terpaksa kosongkan kerusi dua DUN tu elok lah juga, UMNO nak ambil balik negeri Perak ini. sebab UMNO parti yang besar di Perak. Kami ada 27 kerusi. dapat lagi 2 kerusi tu bertambah jadi 29 untuk Umno , campur 1 dari MCA jadi 30 kerusi. Boleh ambil semula pemerintahan Perak.
Kome Pas elok lah terima UMNO jadi kawan sekarang. Tolak lah PKR tu.

Nizar tak pergi kempen di Permatang Pauh ke? Kesian Anwar sorang-sorang terpekik terlolong bagai nak gila tu,,