Rabu, 20 Ogos 2008

Gaji Guru minta dinaikkan?

Tadi ada terbaca ada ahli parlimen minta agar gaji guru dinaikkan. Satu cadangan yang baik tu. sebab guru bukan satu jawatan yang boleh main-main. Turun kerja tengok bulan dan kadang-kadang balik kerja pun tengok bulan.

Semalam juga pengarah pelajaran mengingatkan dan memberi amaran supaya guru tidak melibatkan diri dengan pilihan raya di Ptg Pauh.

Dalam PRU12 lalu ramai guru-guru dan ustaz-ustaz atau ustazah melibatkan diri secara langsung dengan bekerja sebagai perayu undi, penyemak nama pengundi, menggunakan kereta sendiri untuk mengangkut pengundi dengan memasang lambang parti politik sokongan mereka.

Pilihan raya kecil ini wajarkan pihak kementerian turun dan lihat sendiri kelibat mereka ini.

Tak guna guru dinaikkan gaji jika mereka tidak menyokong agenda kerajaan persekutuan yang ada. 2004 PM telah memulakan projek J-Qaf dengan harapan kanak-kanak akan khatam Quran sebelum melangkah ke sekolah menengah, kanak-kanak mesti tahu solat dan sebagainya seperti yang terdapat dapat objektif J-Qaf.

Tetapi jika mereka asyik dengan penglibatan terhadap parti dan sehingga sanggup menjadi MC dalam majlis politik ini sangat bertentangan dengan prinsip dan perintah am. Sedarlah bahawa mereka harus berterima kasih kepada Pak Lah yang sudi mengambil mereka menjadi guru. dalam program JQaf dan KPLI.

Satu peringatan lagi agenda kerajaan dalam J-Qaf akan gagal sekiranya tenaga-tenaga pengajar ini bersikap sambil lewa dan tidak memberi komitmen yang tinggi. Oleh itu elakkan diri dari berpolitik. Sekiranya ada keinginan untuk menjadi ahli politik sila berundur diri daripada menjadi kakitangan kerajaan.

Tunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada majikan anda. Jangan fikir soal gaji dan bonus sahaja.
Elak dari gaji besar tetapi harga barang melambung tinggi. Takut nanti untuk beli sekilo beras kena bawa seguni wang , bila ditukar dengan dollar amerika nilai RM1 bersamaan 00000001 sen amerika.