Di bawah ialah petikan dari Berita Harian hari ini, Nak ingatkan Ezam, jangan ghairah nak lawan Anwar , biarlah pucuk pimpinan berbincang dengan rakyat Permatang Pauh. biar rakyat Permatang Pauh putuskan siapa wakil mereka. Kalau rakyat Permatang Pauh mahu Ezam kira Oraitlah..UMNO bukan main lumba lari tarik upih atau lari dalam guni. inI kerja nasional. kerja negara bangsa,
====================================================================================
Mohamad Ezam ulangi kesediaannya berdepan dengan Anwar dalam pilihan raya kecil
KLANG: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor sekali lagi mengulangi kesediaannya untuk berdepan dengan bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil UMNO Permatang Pauh nanti sekiranya dicalonkan.
“Kalau tanya saya sama ada saya bersedia untuk lawan Anwar Ibrahim saya kata sudah tentu saya bersedia dan saya tak akan tolak. Menang atau kalah itu bukan perkara utama tetapi yang penting kita tentang Anwar sebagai satu pasukan untuk menegakkan kebenaran.
“Sebab itu saya kata jangan nak sebut dengan saya tentang kalah menang, dan jangan nak takutkan saya tentang kawasan Permatang Pauh. Jangan nak cabar saya kerana saya antara pejuang dan saya akan lawan,” katanya dalam ceramah perdana anjuran UMNO Bahagian Shah Alam di sini malam tadi.
Mohamad Ezam menyifatkan penasihat PKR itu bukan seorang 'pendekar' kerana memilih untuk bertanding di kawasan paling selamat iaitu di Parlimen Permatang Pauh.
“Selama ini orang ingat Anwar seorang pendekar tulen tetapi semalam dia dah tunjukkan sikap sebenarnya. Kalau betul dia pendekar kenapa dia perlu menyorok di kawasan selamat dan ajak orang bertarung,” katanya.
Khamis lepas, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding di situ pada pilihan raya kecil, yang tarikhnya akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada Rabu depan. - Bernama