Sabtu, 2 Ogos 2008

Siapa lawan Anwar di Permatang Pauh

Calon UMNO yang sesuai ialah anak tempatan. Kalau Ezam anak Permatang Pauh dia juga merupakan calon paling layak di situ. tetapi kalau dia orang luar kirim salam saja.

Samada Giant killer or not itu tak penting. yang penting ialah memilih wakil rakyat yang mewakili rakyat setempat. bukan memilih wakil rakyat yang mewakili Menteri Besar, Ketua Menteri atau Perdana Menteri.

Cukup sudah PRU12 pucuk pimpinan memilih wakil rakyat yang bukan wakil rakyat. Akhirnya kita dapat lihat ramai rakyat menolak wakil rakyat yang bukan 'wakil rakyat' mereka. Jelas maksud tu. Ini bermakna tiada ahli UMNO dari Johor atau Sabah bertanding sebagai wakil rakyat di Permatang Pauh.(itu contoh, faham-faham lah)