Blogger Perak Bangkit berkata...
Saya dengan segala sukacitanya ingin mengajak semua rakan siber dan blogger dalam kategori berikut:-
1. Semua Warganegara & Marhaen
2. Anti Anwar
3. Pro BN/UMNO
4. Anti Pakatan Rakyat
5. Anti DAP
6. Anti PKR
Kita tinggalkan perbedaan kecil antara kita buat sementara. Untuk sama-sama merapatkan barisan dan jurang. Dan bersatu hati dan tenaga. Kita wujudkan satu kesatuan pemikiran dan kesatuan tindakan. Kita ada tugas besar untuk menumpaskan Anwar Ibrahim.
Demi negara yang tercinta. Petualang bangsa seperti Anwar Ibrahim mesti dibunuh karier politiknya. Biar dia menjadi nisan politik Malaysia dan rakyat biasa yang tiada lagi menganggu ketenteraman politik tanahair.
Kita akan mulakan perjalanan ini satu demi satu dan Insha Allah kita akan menjadi satu pasukan yang kuat. kami di Perak Bangkit amat yakin usaha murni kita ini akn pasti mendapat keredhaan Illahi.
Kami nantikan maklum balas daripada kalian sekalian selaku para pejuang yang budiman. Anwar adalah Musuh No.1 kepada Negara Malaysia, Agama Islam & Bangsa Melayu. Beliau mesti dihapuskan. Allahu Akbar!
E-Mail : perakbangkit@yahoo.com
2008 Ogos 2 03:37
====================================================================================
Zaman sebelum mereka kita selalu mendengar istilah 'TALIBARUT ORANG PUTIH, TALIBARUT JEPUN DAN TALIBARUT BINTANG TIGA ATAU KOMUNIS'
Hari ini di zaman Malaysia baru ini ada lagi seekor 'Talibarut' dan sebagai warganegara Malaysia yang cintakan agama, bangsa dan negara talibarut ini mesti dihapuskan. Kewujudannya di muka bumi Malaysia ini cukup sudah mengundang kecelakaan. Sejak tahun 60an dan 70an talibarut ini sudah pandai menjadi anak muda negara menjadi pembelot dan sampah masyarakat apabila memusnahkan diri sendiri gara-gara terpengaruh dengan talibarut ini. Ramai anak muda disingkirkan daru universiti dan ITM gara-gara menjadi demonstrator jalanan yang sia-sia. Peristiwa berulang tahun 1998. Ramai orang melayu porak peranda hidup mereka gara-gara terpengaruh dengan cakap-cakap suara neraka dari talibarut ini.
Yang rugi ialah kita yang dok sorak dan bertempik di jalanan. Apa yang kita dapat? dapat tidur dalam lokap, dapat lebam kerana dibelasah oleh polis pencegah rusuhan, anak isteri lapar tak makan, ada talibarut ini hantar wang dan beras untuk anak kita?
Hidup penyokong terus miskin dan susah. tinggal di rumah-rumah setinggan. ada dia tolong? tetapi bila rumah setinggan nak dirubohkan untuk beri laluan kepada projek-projek kerajaan, talibarut ini datang konon-konon ingin bantu, kenapa semasa dalam kerajaan dahulu dia tidak bantu, malahan meluat melihat muka setinggan. Dia memang tak suka melihat orang melayu yang miskin dan merempat. kalau boleh semua mereka nak dicampakkan ke laut kerana menyusahkan tugasnya.
Mungkin aku pernah ceritakan kisah dia memaki drebar bas dan guru-guru yang menghalang laluannya berhampiran Masjid Negara.
Kisah oleh seorang rakan Cina aku. mereka berhenti kerana nak menunaikan solat di situ. dan banyaklah bas yang berhenti dan sudah tentulah keaadaan ketika itu menyebabkan laluan agak sesak. dan dia keluar dengan sombong memarahi drebar bas. perbuatan nya di perhatikan oleh semua guru-guru pelatih. yang menariknya selepas itu lalu pula Timbalan Menteri Pelajaran dari parti Mca atau Gerakan. (tak ingat) dia dengan rela hati berhenti dan keluar dari kereta. bukan untuk memarahi mereka sebaliknya bersalaman dengan semua guru-guru dan bertanya khabar mereka. lihatlah perbezaan antara talibarut ini dengan Menteri Cina itu.
Satu kisah lagi ialah semasa majlis perasmian sebuah sekolah menengah di Sarawak. Talibarut ini menempelak seorang pengetua sekolah tersebut yang berbangsa Iban kerana tidak menyebut namanya dengan pronoun yang betul. Sakit hati aku melihat tingkah laku talibarut ini ketika itu. dalam hati aku bermain-main; Manusia jenis apakah menteri ini? Masa itu dia tengah Top Form. Tak ada siapa boleh mengganggu gugat beliau.
Hari demi hari hidupnya berubah. Gaya semakin mahal dan mewah. Kalau dahulu malam-malam boleh lihat dia menunggu keretapi untuk balik ke Kuala Lumpur dengan baju cekap musang dan songkok tinggi penuh gaya ustaz dan mualim. Akhir-akhirnya semakin berkuasa dan semakin berpengaruh dan cermin kereta setebal 5 inci (bullet proff) dia semakin lupa diri. akhirnya jatuh menyembah bumi juga.