Ahad, 17 Ogos 2008

Hasanah dunia dan hasanah Akhirat

Hidup kita di tanah air ini bermula dengan zaman kaki ayam, jalan kaki, naik basikal, radio MW, SW1,SW2 dan tv bermula 1965 hanya VHF.

Hari ini kita sudah jauh lebih maju, boleh guna radio HEM, boleh dengar FAM Stereo, tv UHF , boleh melayari internet jalur lebar, boleh hantar sms, mms melalui telefon bimbit, boleh buat sedang video menggunakan 3G lagi.

Kalau dahulu untuk ke Kuala Lumpur dari Taiping hanya ada dua jenis pengangkutan awam, iaitu keretapi dan bas Ekpress Mara. Untuk sampai Kuala Lumpur kalau berkereta mengambil masa 1 hari , begitu juga bas dan keretapi. Ibu (arwah) sembelih ayam dan masak nasi bubuh dalam mangkuk tingkat sebagai alas perut dalam keretapi. maklumlah naik keretapi mel jam 11.00 pagi dan akan sampai jam 8.00 atau 9.00 malam di Kuala Lumpur,

Bila Mara mengadakan perkhidmatan bas ekpress , semua orang berebut-rebut nak naik bas. Seronok benor bila dapat naik bas. Hari semakin berubah, kerajaan Bn sentiasa berusaha memakmurkan tanah air kita ini.

Lebuh raya di Malaysia ke utara yang pertama ialah dari Taiping ke Ipoh. ( keretapi pertama pun bermula dari Taiping ke Port Weld) Lahir Nya lebuh raya tersebut memberi sinar baru ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Akhirnya Lebuh raya PLUS siap dari Utara hingga ke Selatan. Buat dua lorong sahaja ingatkan cukup, rupa-rupa jam teruk bila hujung minggu dan musim perayaan. Tak cukup dengan 2 lorong, Plus berusaha menjadikan 3 lorong dari Sg Buluh ke Tanjung Malim. Alangkah selesa sekarang.

Minyak naik menjadi isu besar, jahanam kerajaan BN. tumbang dan rebah tersungkur gara-gara isu minyak yang dimainkan oleh Dajal. Hari ini dunia barat dan 7 sisters minyak dunia yang dikuasai oleh Yahudi nampak jelas akan kesan yang hebat dari impak kenaikan harga minyak dunia, Dahulu untuk menjahanamkan sebuah kerajaan ialah dengan menjatuhkan sebutir bom atom seperti di Jepun, kemudian mereka cuba menjatuhkan sebuah kerajaan yang kuat seperti Malaysia dengan kuasa matawang. Soros digunakan oleh Yahudi untuk melumpuhkan ekonomi dan kuasa politik Malaysia dengan memanipulasikan nilai matawang di pasaran wang antarabangsa. Dengan bantuan Dajal Malaysia negara ini hampir diliwat oleh Soros.

Tuhan masih sayangkan kita, Tuhan berjaya menyelamatkan tanah air dari diliwat oleh penyangak matawang ini, dan dajal tersebut pun kembali bersembunyi didalam tanah.

Hari ini dajal itu keluar sekali lagi untuk menguasai dunia kita, tetapi halangan tetap menunggu dia di pintu neraka. hampir rebah dan tersungkur menyembah bumi, namun dajal tetap dajal boleh tumbuh lengan dan kaki walaupun di cantas berkali-kali.

Dajal membawa titisan dan manisan di tengah panas mentari yang amat terik. siapa yang menerima pelawaan dajal akan musnahlah akan dirinya di dunia dan juga di akhirat.
Oleh itu sama-samalah kita memperkuatkan jihad kita menentang kemunculan semula dajal ini.

Seorang lelaki tua yang aku temui hari ini berkata, "kita sudah senang, kita sudah cerdik, kita sudah maju, bukan makan ubi kayu lagi, bukan tinggal di rumah pondok lagi, api dalam kaca, air dalam besi, itulah hassanah di dunia yang selalu kita doa kan setiap hari. mengapa kita hendak gadai kan semua itu hanya kerana seorang yang bernama dajal? kenapa kita yang sudah cerdik dan pandai nak menjadi bodoh lagi?"