Khamis, 14 Ogos 2008

Pahlawan sudah ditentukan, berikan dia keris Tamingsari

Terjawab sudah teka-teka siapa calon menentang Anwar, terkedu Anwar mendengar nama lawannya. 50% tenaga dan semangat yang berkobar-kobar untuk menang di tempat sendiri sudah gayang dan lembik lentoq seluruh sendi tubuhnya yang sudah uzur sudah lah kurus kering menanggung derita jiwa dan sanubari.

Sudah tentu Azmin dan Mr Flinstone akan melangkah longlai memapah pemimpin mereka ke dewan penamaan calon. dan hari ini sibuk mengisi dan menandatangi borang, takut borang di reject sabtu ini.,

Cukupkah masa untuk mengumpul semangat dan tenaga untuk melawan serangan besar-besaran dari pihak yang menentang beliau? Jawapannya marilah kita sama-sama menumpu ke sana, kuatkan barisan hancurkan musuh negara. musang berbulu b..b..

Keris tamingsari di tangan musuh, pandai-pandai lah merampasnya semula.