Ahad, 17 Ogos 2008

Pas wakil Melayu dan orang Islam dalam kerajaan Pakatan Rakyat, kata Nik Abdul Aziz

IPOH: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Pas akan menjadi parti yang mewakili orang Melayu dan orang Islam apabila Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru nanti.
Ulasan: Sah Pkr bukan parti Melayu...


Pas malah katanya boleh menjadi parti yang lebih baik untuk orang Melayu dan orang Islam.

Ulasan: Dulu tak suka sebut Melayu, hanya nak sebut Islam sahaja

“Bila Umno tiada, Pas pun Melayu...serupa juga. Lebih baik lagi, macam kita jaga Kelantan,” katanya pada sidang akhbar pada hari ketiga Muktamar Tahunan Pas ke-54 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Ulasan: Umno sudah tiada atau Pakatan Rakyat yang akan tiada, seperti Barisan Alternatif dahulu


Ditanya mengenai kebimbangan setengah pihak bahawa peranan ulama akan terhakis apabila Pas menyertai Pakatan Rakyat, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata ketakutan seperti itu adalah perkara biasa.
Ulasan : Sekarang pun Ulama Pas atau Syura dipinggirkan. Hanya Nik dan Hadi sahaj yang berkuasa, dan mereka sendiri membelakangkan Ulama mereka sendiri.


“Sebenarnya tidak patut wujud perkataan (golongan) ulama dan profesional...

orang yang sama juga kerana tidak boleh dipisahkan,” katanya.

Beliau berkata dalam Islam tidak boleh dipisahkan ahli sains, ahli politik dan ulama.

Ulasan: Kenapa mempertikaikan sains DNA dan Program Angkasawan Negara

Menjawab soalan sama ada Pas akan meneruskan perjuangan menegakkan negara Islam, Nik Abdul Aziz berkata kerajaan Pakatan Rakyat boleh menjadikan Kelantan sebagai contoh negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu.

Ulasan: Contoh negeri paling miskin dan negeri paling banyak jenayah keluarga Islam, sebab itu Bank Islam memberiz zakat dengan nilai terbesar ke kelantan kerana kemiskinan yang tinggi.

“Kalau ragu-ragu dengan negara Islam, tengok Kelantan. Itu contoh negara Islam, pelaburan banyak...kita minta Pakatan Rakyat tiru Kelantan kalau ada yang tidak betul beritahu dan kita akan baiki,” katanya.

Ulasan: Kalau pelaburan banyak kenapa rakyat Kelantan penuh di KL dan JB dan lain-lain negeri , kenapa mereka tak mencari rezeki di Kelantan, Adakah Kelantan terlalu maju hinggakan rakyat kelantan lari keluar mencari kedamaian.

Ditanya sama ada muzakarah dengan Umno perlu diteruskan, Mursyidul Am parti itu berkata Pas terbuka untuk meneruskan perjumpaan jika Umno sedia berbincang untuk menerima Islam.

Ulasan: Umno sudah lama membangunkan sebuah negara Islam. hanya Pas yang menolak Islam Umno. mereka mahu hanya Islam Pas dan mereka adalah pemimpin bukan Umno.

“Kita tidak mahu berjumpa untuk berbincang hal masalah kementerian...
muzakarah boleh (tetapi) Umno keluar daripada kesesatan dan terima Al-Quran 100 peratus.
“Muzakarah ini ingat mengingat masa depan di akhirat bukan bincang kementerian,” katanya.

Ulasan: Sebab Pas tak pandai hal-hal mengurus dunia, mereka hanya pandai berkata-kata seperti dalam muktamar Pas di Ipoh. cakap bergegar-gegar ekor penuh najis

Beliau juga berkata Umno meminta mengadakan muzakarah apabila berada dalam keadaan tertekan sama seperti semasa mereka menjemput Pas menyertai Perikatan dan Barisan Nasional (BN) dulu sebelum Pas ditendang keluar.

Ulasan: BN tidak pernah tertekan, Pas yang tertekan sebab Pas Kelantan hampir kalah pada PRU11. Terengganu hanyut terus.(Itu pun Hadi tak mahu letak jawatan lagi) Perak pun Pas hanya dapat 6 kerusi berbanding Umno 27 kerusi.

Beliau berkata Umno parti yang sanggup meninggalkan kawan rapat seperti MCA dan MIC dan berkawan dengan Pas apabila berada dalam kesusahan.

Ulasan: Masa Pas masuk BN 1974 adakah UMNO meninggalkan MCA dan MIC?

Katanya, apabila MCA dan MIC mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum lepas, dua parti kawan rapat Umno itu telah tidak dipedulikan.

Ulasan: Ini hanya dakwaan Pas. BN terus utuh dan kuat, Hanya kerana Pas berpakat dengan DAP sahaja lah menyebabkan Orang Cina yang duduk atas pagar berbelah bagi kerana termakan janji dan tipu muslihat musang berjanggut

Mengenai pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, Nik Abdul Aziz berharap BN tidak membangkitkan isu berkaitan peribadi dalam kempen pilihan raya berkenaan.

Ulasan: Apa ke jadah Pas nak bangkit bangkitkan isu peribadi, sejak azali lagi BN tidak pernah bermain isu maki hamun, tidak seperti ceramah Pas penuh dengan maki hamun.

Beliau berkata BN perlu menangani soal dasar bagi menarik sokongan dan bukannya membangkitkan masalah peribadi. - Bernama

Ulasan: BN sentiasa berpegang kuat pada dasar perjuangan parti. dan cakap hari ini adalah sama dengan cakap semalam dan cakap semalam adalah sama dengan cakap esok hari

Cetak artikel | Hantar