Isnin, 4 Ogos 2008

Rafidah Aziz letak jawatan pertengahan tahun depan

04/08/2008 4:30pm

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Tan Sri Rafidah Aziz mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pertengahan tahun depan.

``Saya akan serahkan jawatan ini kepada Naib Ketua, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Wanita UMNO Bersama Pemimpin yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Rafidah berkata, keputusan itu adalah bagi memastikan tiada pergolakan dan perpecahan dalam sayap parti itu pada pemilihan Disember ini.

``Pilihan ini dibuat bagi memastikan tiada pecah belah dan berpuak-puak dalam parti seperti yang berlaku satu ketika dahulu sehingga menyebabkan pihak pembangkang mengambil kesempatan,’’ katanya. - Utusan

====================================================================================
Ini bermakna Kak Fidah ingin mempertahankan jawatan lah. Kalau nak serah jawatan pertengahan tahun hadapan lebih baik buat sekarang. Umumkan awal-awal tak mahu lagi pegang jawatan ketua wanita. Biar ada pencalonan dan pertandingan hujung tahun ini.

Lakukan satu budaya lepas jawatan jangan bagi tempoh , ikut style Tun Mahathir mengumunkan secara mengejut hasrat melepaskan jawatan. Lepas tu terpulanglah kepada orang nombor 2 nak buat macam mana.

Terpulanglah kepada wanita nak mencalonkan beliau atau tidak Disember ini, Kalau dah tahu nak lepas jawatan elok calonkan orang lain sahaja lah. senang kerja.Dato Azlina pun boleh,

Apa beza dengan Dr Wan Azizah, dari awal lagi semasa penamaan calon dia dah sebut, bulan April dia mungkin akan lepas kerusi Permatang Pauh untuk bagi laluan kepad suaminya. apa beza pula tahun depan Kak Fidah nak lepas jawatan kepada orang nombor dua, so sama lah tu, better dont lah kak fidah

Kak Fidah hanya boleh merancang dan hanya ketentuan Allah sahaja yang menentukannya.