Sabtu, 16 Januari 2010

AGENDA MENGGAGALKAN PROJEK KLINIK 1 MALAYSIA



Suara rakyat tela didengar. Klinik 1 Malaysia telah dibuka dan beroperasi dari jam 10.00 am hingga 10.00 pm setiap hari . Manakala kerajaan yang biasa dibuka pada 8.00 pagi dan ditutup pada 5.00 petang.

Pusat Rawatan Kecemasan tetap dibuka 24 jam untuk memberi perkhidmatan kecemasan. Kes kecederaan, kemalangan, sakit tenat, lelah semua dirujuk ke unit kecemasan. Hospital Selayang satu-satunya hospital tanpa kertas yang menerima rawatan 24 jam. Doktor dan Pembantu Hospital bertugas 24 jam .

Pada malam-malam perayaan unit kecemasan memang sentiasa cemas. Taiping biasanya 2 doktor bertugas dibilik kecemasan dan tugas mereka kadangkalau tanpa henti untuk 2 hari. Mujurlah mereka dibantu oleh Pembantu Pegawai Kesihatan atau lebih dikenali sebagai MA.

Di Malaysia jawatan MA amat penting. Mereka bermula dengan U29 dan gred boleh naik sehingga U41. Pada yang sudah lama bertugas mereka lebih arif dan lebih tahu dari doktor U41 yang baru setahun dua bertugas. Jika sudah mencapai Gred U41 bermakna sama taraf dengan doktor U41.

MA bertugas di semua pusat kesihatan kecil dan besar atau disebut poliklinik hari ini. Ada juga MA yang mencari rezeki tambahan dengan bertugas di klinik-klinik swasta diluar waktu pejabat. Selalunya di waktu malam atau dihujung minggu sekiranya pemilik klinik ada urusan atau bercuti dan gagal mendapatkan rakan doktor yang lain untuk bertugas di klinik mereka maka MA lah menjadi sandaran mereka,

Di Malaysia bilangan doktor yang dihasilkan oleh Universiti tempatan atau dari luar negara memang ramai. Bagaimanapun cukup masa atau tamat tempoh kontrak dengan kerajaan mereka akan memilih untuk bekerja sendiri atau ke hospital swasta kerana mengejar gaji yang besar.

Kerajaan perlu mengkaji semula tempoh kontrak doktor yanng mendapat pembiayaan kerajaan semasa tempoh pengajian mereka di universiti. Berapa banyak wang yang dilaburkan oleh kerajaan untuk melahirkan seorang doktor perubatan. Itu belum dikira dari awal persekolahan peringkat rendah dan menengah.

Hari ini bila PM melaksanakan klinik 1 Malaysia dan mendapat sambutan dari rakyat. Ia amat tidak disenangi oleh pihak lawan, Mereka cuba mencari kesalahan berdasarkan akta. Bagaimanapun mereka tidak pernah mempertikaikan tugas , status dan perjawatan MA di hospital dan poliklinik kerajaan sebelum ini. Kenapa bila wujud klinik 1 Malaysia barulah ia menjadi isu.

Mengenai rawatan awal ( FR) kerajaan telah membelanjakan wang yang besar dalam melatih FR daripada Bomba , Civil Defence atau di sebut JPAM. Malah Persatuan Bulan Sabit Merah dan St John juga diberi kepercayaan untuk mengendalikan kes-kes FR di seluruh negara.

Jika dahulunya kita mendail 991 untuk Pertahanan Awam dan 994 untuk Bomba. Kini kerajaan bergerak maju lagi iaitu dengan 999 semua jentera kerajaan dibawah KDN akan digerakkan segera.

Kenapa hari ini mereka nak pertikaikan FR pula. Unit Amal Pas yang memakai pakaian separa tentera itu berada dibawah akta apa ?

TM berpesan kepada pihak diluar jangan jadikan klinik 1 Malaysia sebagai modal politik untuk menyerang Najib. Selama ini jika Pembantu Perubatan (MA) di pekan kecil tak mengambil kisah jika ada kes kecemasan, Pembangkang lah yang terlebih dahulu mengkritik kerajaan.

Bila kerajaan melaksanakan Klinik 1 Malaysia dibangkang pula. Pembangkang patut melihat secara positif. kalau nak lawan. Pembangkang buat lah klinik 1 Pakatan. letaklah semua doktor yang jadi ahli PR untuk berkhidmat.

Bagilah perkhidmatan percuma. baru sah jadi kerajaan berkebajikan. Ini tidak . kerja tak buat. bila orang lain buat , mereka bangkang 24 jam...