Khamis, 21 Januari 2010

ELAUN COLA DAN PERUMAHAN DITARIK BALIK


Sudah seminggu lebih telinga TM mendengar isu ini dimainkan. Ada yang awal-awal sudah mencemuh pentadbiran kerajaan kononnya sudah hampir bangkrap dan tidak mampu lagi membayar elaun kos sara hidup (COLA) dan juga elaun perumahan.

TM nak komen la sikit
"Jika betul kerajaan akan menarik balik kedua-dua elaun tersebut, sudah tentu ia dibentangkan dalam belanjawan 2010. atau Kesatuan Sekerja terlebih dahulu mengetahui hal ini."

Apakah pihak pembangkang sudah kehabisan isu? Maka mencipta isu baru untuk mewujukan satu fenomena baru dikalangan kakitangan kerajaa agar menolak kerajaan BN pada PRU 13 atau mana-mana PRK yang mungkin akan berlaku dalam tahun ini.

Untuk konfirm isu ini TM telah mengelintar isu ini dalam blog dan forum-forum internet. Rupanya benar. Isu ini telah dimainkan oleh banyak pihak. Wah...hebat lagi peranan internet dalam isu-isu semasa. Di bawah adalah petikan dari sebuah blog berkaitan isu ini.

aku dah sebak n semput bila mendengar beriter di atas...walaupun takder bukti pun lagi..aku just berserah...tapi dengan harapan kerajaan tak jadi ler nak tarik2 ni..coz yang kumpulan atasan mungkin tak rasa..tapi kami yang kat bawah ni apa citer...gaji pun ciput..tetiba nak tarik balik lak kemudahan yang ada...tetiba pagi ni..ada pensyarah ym ofismate aku kata pekeliling tu dah kuar..dah diedarkan ker sekolah2...bukan elaun cola sahaja..tapi elaun rumah juga akan ditarik balik..start bulan April 2010...memang aku upset sesangat...tak terpk ker oleh kerajaan..elaun2 tersebut lah yang menampung orang bawahan macam aku ni...cuba pk kalau suami isteri keje kerajaan..tak ker haru biru tuh..aduhai...apa pendapat korang...bagi tau aku skit..

TM ingin menasihat pembaca supaya jangan percayalah benda-benda begini. Kita hidup dalam negara yang cukup selesa walaupun ada rakyat yang daif dan hidup dalam kemiskinan. Rujuk isu 2 beranak dari Jerlun semalam. Itu adalah satu penyakit masyarakat yang perlu dirawat.

Lelaki bujang atau duda baru berusia 49 tahun tapi nampak macam 79 tahun, hidup bersama anak yang juga mengalami sakit ADHD. Memang kasihan kita melihatnya. Kita patut membantu kedua-duanya. Mereka insan yang tidak bernasib baik.

Isu yang lain ialah isu harga minyak. Ada yang menyatakan minyak petrol akan naik kepada RM3.80 seliter. Wah!!! lebih mahal dari Thailand nampak nya..Alamat tak lama lagi orang Thai pula akan menyeludup minyak ke negara kita.

Dua isu telah dimainkan oleh pihak sebelah sana. Nasihat TM agar pembaca jangan mudah terpengaruh dengan khabar-khabar angin ini. Kalau berlaku pun anggap lah ia satu ketentuan dan ujian ALLAH.

Mungkin kita juga yang banyak bersalah kerana tidak membantu kerajaan dalam menjana ekonomi. Puncanya kerana banyak membuat protes jalanan terhadap isu-isu yang boleh dibincangkan di parlimen. Punca lain ialah kerana ada makhluk yang mencanangkan dan memburuk-buruk serta menakutkan pelabur untuk masuk ke negara.

Mungkin lah puak-puak jahanam ini ingin melihat negara mundur dan lemah kuasa ekonominya supaya senang mereka mengambil alih kerajaan.

Isu Allah juga telah memberi peluang kepada puak-puak ini untuk menangguk di air keruh. Hari ini sudah ada angin-angin menghasut ahli parlimen bukan islam agar meninggalkan Barisan Nasional dan menyertai mereka.

Bala??? Ramai diantara kita berkata syukur kerana negara kita tidak ditimpa bala seperti di Indonesia , Filipina, Haiti dan lain-lain.

Sebenarnya negara kita tidak terlepas dari bala. Ini kerana ada orang yang sentiasa mendoakan bala kepada orang lain. Anwar juga dilihat sebagai membawa bala kepada rakyat tanpa kita sedari.

Masjid-masjid kosong, masjid dijadikan tempat berpolitik, tempat mengumpat, melaga-lagakan pemimpin-pemimpin , solat jemaah yang tidak teratur safnya. memijak gambar kaabah dalam masjid dan banyak lagi kesalahan kita yang lakukan dan menyebabkan segala bencana menimpa kita hari ini.

Oleh itu jangan lah percaya akan cerita coca dan elaun rumah akan dihapuskan.

Anwar juga sudah bersedia untuk menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen kepada Presiden Pas. Apa agenda disebaliknya. Ini adalah helah Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Jika ia berjaya maka Hadi Awang hanya jadi Ketua di Parlimen saja. Bijak-bijak ...