Rabu, 20 Januari 2010
PENJUALAN AGUSTA YANG MERUGIKAN
Semalam dalam TM ada menyebut tentang penjualan Agusta yang amat merugikan industri permotoran negara. Tun Mahathir dan Tengku Mahalel amat kecewa dengan tindakan penjualan tersebut.
Lotus pada peringkat awal penguasaannya oleh Proton juga banyak menerima kritikan , tetapi hari ini ternyata pembeliaannya memberi impak yang besar terhadap industri kereta negara.
Andainya kita mengekalkan Agusta kemungkinan besar sebuah three wheeller akan muncul dari kilang Proton dan menjadi kegemaran ramai. Hari ini beberapa syarikat telah berjaya memasarkan kenderaan ini ke serata dunia termasuk juga negara kita.