Khamis, 6 Mei 2010

LAGI ISU REMAJA YANG DITEMBAK

Email ini diterima petang kelmarin;

Cerita 1;

Polis nak bagi salam dulu ke? Kena tanya dulu ker?

Tuan nak makan angin atau tuan nak merompak? Tengok kes yang jantan bunuh girlfriend dan bawa dalam kereta dan tengok kes budak 15 tahun.

Kalau tidak bertindak, pembunuh terlepas, kalau bertindak budak 15 tahun tertembak mati.

So yang penting bukan siapa mati tetapi apakah polis bertindak setelah memenuhi Standard Operation Procedur (SOP). Kalau nak bertindak tunggu lagi.

Nak bagi salam dulu? Siapa pun tak mau jadi polis, buta saja kena tembak penjenayah. Ini bukan cerita P.Ramle, ada watak mata-mata (cop). This is reality.

Cerita 2;.

Kalau warder ternampak banduan memanjat pagar penjara hendak pulak jam 3 pagi.

Dah bagi amaran. Turun ! Turun! Banduan terkial-kial lagi memanjat. Warder tembak amaran, banduan degil lagi. Dok nak memanjat pagar lagi.

Warder tembak kaki tetapi banduan mengelonsor turun dan tertembak di dada. Bolehkah kata banduan itu buat senaman memanjat pagar untuk menyihatkan badan bagi menguatkan otot.

So public kata warder tu kejam. Bingai tak ada otak. Pecat dan buat inkues.

Kalau warder tu tengok saja pula. Banduan lepas lari. Boleh kah warden kata ' "ingat dia nak buat senaman panjat pagar". Public akan kata pecat warder tu, warder bodoh, bingai, makan gaji buta. – syukur desa