Isnin, 21 Jun 2010

DOA UNTUK IBU BAPA


Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil.

Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : *Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya. (HR Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : *Sesungguhnya seseorang itu diangkat darjatnya di dalam syurga, lalu dia berkata: *Dari manakah semua ini?* Maka dikatakan kepadanya: Dari anakmu yang memintakan ampun untukmu. (HR Ibnu Majah)