Isnin, 14 Jun 2010

PAKATAN RUYUB HILANG KEYAKINAN DI KEDAH DAN SELANGOR HANYA SEBUAH GIMIK MENARIK SIMPATI

KOTA BHARU 13 Jun - Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini memberi gambaran membimbangkan terhadap masa depan penguasaan pakatan pembangkang di Kedah dan Selangor.
Menurut beliau, kedua-dua kerajaan negeri itu kemungkinan tumbang jika tidak membuat persediaan rapi termasuk meningkatkan pendaftaran pengundi baru dalam jumlah yang besar.

Ketika mengingatkan demikian, beliau menjelaskan, kenyataan itu bukan untuk menakut-nakutkan pembangkang terutamanya Pas tetapi ia berasaskan bukti kukuh melalui beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Menurut beliau, dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor lalu, sokongan Melayu dan India berkurangan enam dan 10 peratus, begitu juga di Manek Urai sokongan Melayu kurang 6.3 peratus.

"Di luar sana masih terdapat empat juta rakyat yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Juga lebih 70 peratus pengundi muda yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) belum didaftarkan sebagai pemilih.

"Kita tidak boleh mengharapkan mereka datang mendaftar tetapi sebaliknya kita kena bekerja keras mendekati dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih seterusnya menyokong kita dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

KOMEN TM;
1. Memang benar kerana sepanjang 2 tahun mereka gagal melaksanakan janji-janji pilihanraya, satu menifesto pun gagal disempurnakan oleh Pas Kedah, Dap Penang, Pkr Selangor.dan Pas kelantan.  Apa yang diwar-warkan sampai sekarang ialah 50 tahun BN menipu rakyat tetapi mereka gagal menjelaskan apa benda yang BN tipu rakyat.

2. Ia hanya untuk menarik simpati dari pengundi baru supaya terus menyokong mereka, di samping pembohongan, fitnah dan segala-gala agenda busuk perlu diteruskan.

Cerita Kedua
PAS kantul lagi!!!! Hadi Awang kata PAS dah berjaya tadbir negeri, maksudnya PAS dah boleh laksanakan hududlah sebabnya bila dah berjaya tadbir negeri maksudnya negeri2 tersebut pun stabil lah..lepas tu Hadi Awang kata nak laksanakan hudud perlukan negeri2 tersebut stabil..isk iskk..apa yang kau merapu ni Hadi Awang?? mu kecek molek skit lah..mu nih mace nok keno debik jahh.. hehe