Kelantan hari ini mengeluarkan jongkong emas pertama hasil kerjasama kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan sebuah syarikat antarabangsa, CNMC Goldmine Limited melalui kilang memproses emas di Sokor dekat sini.
Majlis bersejarah itu disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Mohd. Sabri Abdullah; dan Pengerusi Eksekutif CNMC, Profesor Lin Xiang Xiong.
Jongkong emas seberat 2.975 kilogram bernilai RM400,000 telah dihasilkan daripada kilang yang beroperasi berhampiran dengan lombong emas di kawasan tersebut.
Xiang Xiong berkata, pihaknya telah memulakan operasi untuk mencari dan melombong emas di kawasan seluas 975 hektar itu sejak enam tahun lalu.
"Negeri ini telah mengeluarkan emas sejak berpuluh-puluh tahun lalu tetapi ini kali pertama emas tersebut diproses dalam bentuk jongkong untuk dipasarkan.
"Kawasan ini telah dipajak daripada kerajaan negeri dan kita perlu membayar royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan negeri dan tiga peratus kepada PKINK untuk setiap pengeluaran," katanya.
Harap tak adalah tipu muslihat dalam urusan cari gali dan hendaklah selaras dengan Enakmen Mineral dan peratuan yang ditetapkan oleh Jabatan Tanah dan Galian Kelantan.
Satu perkara lagi sebelum terlupa ialah mana janji-janji Husam Musa untuk mengeluarkan minyak dan gas asli, janji ini telah dibuat pada 2007/8. sebelum PRU 12.