Selasa, 13 Julai 2010

KEKECOHAN PERSIDANGAN UMNO SUNGAI PETANI TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU

Semalam Ahad merupakan hujung minggu yang paling sibuk kepada semua Umno Bahagian dan juga ahli majlis kerja tertinggi Umno untuk menyelesaikan tugas dan tanggungjawab terhadap tuntutan parti dengan menghadiri persidangan tahunan .

Memang benar dalam mana-mana pertubuhan pun baik badan sukan, koperasi, kelab sukan dan rekreasi, pertubuhan bekas perajurit dan lain-lain tidak dapat lari dari suasana yang panas  dan tegang dengan setiap isu.

Juga sudah menjadi lumrah bagi setengah-setengah ahli peringkat bawahan akan sengaja mencelah, mencetuskan isu dan menyuarakan pendapat masing-masing. Ada juga yang ingin menonjolkan diri supaya dikenali oleh ahli-ahli lain. tujuaannya ialah mencari populariti untuk bertanding dalam pemilihn.

Ada juga yang bertindak sebagai ayam sabung oleh tuannya. Oleh kerana tuannya menjadi orang No 2 atau No 3 dan ia tidak boleh menghentam orang No 1 dalam Persidangan Tahunan maka beliau akan menggunakan ayam sabungnya. Tujuannya ialah untuk merebut kuasa dalam pemilihan yang akan datang.

Dalam Umno juga suasana sebegini tidak dapat lari.  Tahun 2011 merupakan tahun pemilihan Umno semua peringkat. Sejak tahun lalu individu yang ingin menjadi pemimpin seperti Ketua Bahagian terutamanya sudahpun mulakan langkah pertama dan kedua.  Antaranya yang dapat kesan mereka sudah pun menganjurkan lawatan-lawatan keluar negara dengan membawa kelompok-kelompok tertentu.

bersambung;