belacan kampung |
belacan cina |
belacan yang telah diwarnakan |
ya_t@hmetro.com.my
2010/08/15
PUTRAJAYA: “Jangan makan belacan”. Itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIPM), Datuk Dr Maamor Osman mengenai belacan yang disahkan beracun berikutan mengandungi Rhodamine B, iaitu pewarna kimia merah jambu berbahaya yang dijual di negara ini.
“Bagi saya, pengguna perlu berhenti daripada makan belacan, mereka boleh gunakan ikan bilis atau udang kering. Rasanya sama saja, jadi jangan makan belacan.
“Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan belacan segar yang boleh dibeli daripada pengusaha yang dikenali, bagi memastikan belacan terbabit tidak mempunyai bahan beracun yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Rabu lalu, akhbar melaporkan Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan belacan disahkan beracun berikutan mengandungi Rhodamine B iaitu sejenis bahan pewarna kimia merah jambu yang berbahaya.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penggunaan bahan pewarna itu dalam makanan adalah dilarang kerana ia mempunyai potensi menyebabkan penyakit barah serta banyak digunakan dalam industri plastik dan tekstil.-myMetro
Ia juga melibatkan cencalok, budu dan udang kering bewarna merah, lain-lain ialah bubur caca, pau dan sebagainya, berhati-hati bila melancong ke beberapa negeri .