Nga Kor Ming dan AJK haram |
Pernah sebelum beliau ditukarkan ke Sarawak, beliau telah melepaskan geram kepada jemaah surau dalam Khutbah Solat Aidul Fitri pada tahun 90an dahulu. Beliau telah menggunakan kesempatan tersebut untuk melepaskan geramnya kerana ditukarkan ke Sarawak dalam tempoh 24 jam.
Oleh kerana perangainya yang tidak elok itu lah beliau gagal dinaikan pangkat seperti Kapt (B) Dato Najimuddin Elias.
Khutbahnya panjang dan merepek-repek menjadi permulaan titih hitam solat sunat aidil fitri dan menyebabkan ramai jemaah meninggalkan masjid walaupun khutbah belum selesai.
Surau diri Jumaat ini pada tahun 2000 telah dirampas kuasa oleh Pas selepas mereka mendesak AJK yang ada supaya mengadakan mesyuarat agong. AJK lama tertipu kerana dalam masa mesyurat berjalan mereka mendesak agar jawatankuasa di rombak dan dibuat perlantikan baru.
Rupa-rupanya Pas telah merancang untuk merampas kuasa semua masjid di Malaysia. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Gagal kerana AJK yang ada berpegang kepada Enekmen bahawa AJK masjid tidak boleh dipilih melalui mesyuarat agong.
Selepas Pas menguasai surau tersebut mereka telah menghalau AJK lama supaya jangan lagi pijak surau tersebut. Ini dilakukan kerana AJK lama menegur kepincangan dan salah tadbir AJK tersebut yang lebih kepada politik Pas.
Pada masa yang sama pihak kerajaan di bawah kepimpinan Tun Abdullah Badawi telah meluluskan satu peruntukan besar untuk membina sebuah masjid baru bagi menggantikan surau yang ada.
AJK Pas ini menentang pembinaan masjid kerana bimbang AJK mereka akan luput secara otomatik kerana pembinaan masjid tersebut mempunyai AJK nya sendiri iaitu daripada AJK asal.
Ini menimbulkan kemarahan kepada AJK Haram dan tentangan dan protes menjadi semakin melampau. Paling iblis ialah apabila mereka mengadakan solat hajat supaya pembinaan masjid tersebut dibatalkan.
Setelah masjid siap, mereka AJK haram ini telah menggunakan orang dalam di Jabatan Agama Islam Negeri dan meletakkan nama AJK haram dalam senarai AJK pembinaan masjid,
Mereka menipu Orang Besar Jajahan dalam proses perampasan pengurusan dan pentadbiran masjid tersebut. Oleh itu sehingga ke hari ini mereka terus menguasai masjid yang ada.
Ingatkan dengan siapnya masjid tersebut dan dengan barisan AJK yang besar dan paling ramai di Perak masjid tersebut kembali menjadi masjid yang bebas dari unsur-unsur politik. Rupanya tidak. Ia menjadi bertambah parah sebelum dan selepas PRU 12 yang lalu.
Masjid ini menjadi tumpuan pemimpin Pas dan Dap untuk menyampaikan ceramah politik. Penceramah politik hanya mengambil masa yang pendek untuk memberi selawat dan salam tetapi kemudian sejam atau lebih penuh dengan maki hamun dan fitnah terhadap orang lain yang tidak ada di situ.Niza Jamaluddin, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi pernah datang untuk kempen politik mereka.
Hari ini Manusia yang bernama Othman Noh ini menjadi lebih biadap dan kurang ajar terhadap jemaah yang tidak menyokong Pas. . Setiap minggu beliau akan menyampaikan khutbah Jumaat dengan teks yang dibuatnya sendiri, bukan teks yang disediakan oleh Pejabat Agama Perak.
Dia akan menggunakan ayat-ayat Quran yang pendek dan tidak habis atau tidak lengkap dalam khutbahnya, semata-mata untuk kepentingan politik parti nya. Tambahan pula bulan ini ialah bulan puasa di mana tazkirah dibuat diantara 8 rakaat solat terawih. Peluang yang baik bagi beliau untuk meneruskan agenda politik beliau.
Othman Noh ini juga menjadi penceramah agama di masjid-masjid sekitar Taiping sehingga ke Kerian dan juga Bukit Gantang. Dalam ceramah, beliau banyak menjadikan jiran-jirannya sebagai modal politk dalam ceramah maki hamun menghina dan mencerca dan memburuk-burukkan jiran-jirannya.
Orang tua-tua khairiah Kg Expo hari ini tak sanggup lagi untuk bersolat di masjid tersebut dan ramai yang terpaksa ke Masjid Jamek Kamunting. Pernah seorang warga emas pergi ke masjid dengan membawa parang, "kalaunya jika depa berani halau aku, aku lipas dengan parang" katanya.
Mulutnya amat bisa, yang bahawa ia menjadikan huru hara kerana orang-orang yang tidak menyokongnya menjadi sasaran ceramah dan khutbah beliau.
"Othman Noh ini suka memburukkan dan menyerang peribadi orang yang tak sokong dia dalam ceramah beliau" kata seorang warga emas.
"Hari-hari dia tengok orang dari rumah dia atau masa dia berjogging dia akan teropong tengok bini siapa tak pakai tudung, sampai seluar dalam bini orang diampaian pun dia ambil tahu"
" Ustaz Othman Noh pernah mencemoh sorang jiran yang pencen dengan berkata Apa guna dapat pencen besar, beli kereta besar tetapi tolak Islam, ini kata dia semasa dalam kuliah agama" tambah warga emas itu.
Pernah dalam khutbah beliau mengkritik jiran yang buat pagar batu tinggi kononya bongkak dan tak mahu berjiran dengan orang.
Hidupnya hari ini makan pencen kerajaan dan isterinya masih bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah bergred DG 44.
Cuma persoalannya adakah beliau mempunyai tauliah untuk mengajar agama disurau atau masjid dalam negeri Perak. Jika ada maka eloklah di tarik balik permit kerana beliau banyak menyalah gunakan kuasa yang ada padanya. Mengenai khutbah juga diharapkan IPD Taiping membuat pemantauan terhadap beliau.
Cadangan TM amat mudah. Pejabat Agama Islam negeri hendaklah turun padang dan mengambil alih pentadbiran masjid tersebut. Buang semua AJK Haram dan gantikan dengan AJK baru yang bebas dari politik pembangkang.
Hari ini mereka cuba menghalau semua jemaah yang tidak senada dengan mereka dan hari ini jemaah solat jumaat datang dari khairaih lain kononnya ini lah masjid kita. Ada yang sanggup melintas dua tiga buah masjid semata-mata untuk memberi sokongan kepada Perampas atau KUDETA ini.
Kemudian dalam khutbah beliau mengkritik ahli khairiah yang enggan bersamanya kononya berdosa dan haram meninggalkan khiariah yang ada. Bagaima pun ia menjadi halal kepada jemaah luar yang bersolat di masjid itu.
Masjid ini juga satu-satunya masjid yang berani mengibarkan bendera Pas dalam musim pilihanraya dan menggantung gambar-gambar pemimpin Pas Pusat di dalamnya. Risalah dan poster ceramah Pas sudah tentu penuh papan kenyataan.
Najmuddin Elias |
Inilah kemunafikan Pas yang perlu diambil tindakan segera oleh Jabatan Agama Islam Perak. Harap YB Dato Najmuddin Elias Penasihat Hal Ehwal Agama Perak yang juga bekas Kor Kagat supaya melihat hal ini dengan serius. Jika susah sangat tarik balik tauliah dan tutup masjid ini buat sementara waktu.