Sabtu, 14 Ogos 2010

KONGRES EKONOMI CINA MALAYSIA JANGAN BIADAP

Berapa peratus  ekuiti bumi putra yang desak untuk dikurangkan, melainkan lah kalau ekuiti melayu/ bumiputra 70-80 peratus.

Ekuiti Melayu hanya diperuntukan 30 peratus tu pun belum dicapai sepenuhnya. Desakan kongres ini mengulang sejarah zaman MCA di tadbir oleh Lee Kim Sai.

Ingat jangan biarkan melayu marah lagi... Najib pernah naik angin di Stadium TPCA.


Kongres Ekonomi Cina Malaysia mendesak ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Kongres turut mendesak kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.

Desakan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dandiluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.