Ahad, 29 Ogos 2010

Tulisan menarik dari blog RTM . Orang Pas dan BN wajib baca.

Dana JKKK Parlimen Taiping

Parlimen Taiping sejak zaman berzaman dikuasai oleh Barisan Nasional dari parti Gerakan. Cuma pada Pilihan Raya Umum ke 11 (2004) kerusi ini diambil alih oleh Kavies dan PPP. Manakala Gerakan berpindah ke Parlimen Bukit Gantang dan hari ini YB Dato Tan Lian Hoe berpindah ke Parlimen Hulu Perak.  Kes pertukaran calon untuk kerusi parlimen ini kecoh sejak 2004 lagi.

Parti Gerakan memang mahukan YB Tan Lian Hoe bertanding di Taiping kerana ia kerusi tradisi mereka. Gerakan hanya mengizikan PPP berada di Parlimen Taiping untuk sepenggal sahaja. Begitu juga dengan Bukit Gantang. Hanya bersetuju untuk memberi laluan kepada Gerakan sepenggal sahaja.

Bagaimanapun apabila pengumuman calon yang akan bertanding dibuat oleh Pak Lah untuk PRU 12, dengan mengekalkan Kavies bertanding di Parlimen Taiping dan Tan Lian Hoe bertanding di Bukit Gantang, ia menjadi isu hangat.

Tentangan hebat dari Bukit Gantang dan Taiping sudah dirasai bahangnya. Akibatnya Menteri Besar dalam linangan air mata membawa Tan Lian Hoe bertanding di Parlimen Hulu Perak.

Manakala Bukit Gantang pula menangis lagi kerana Pak Lah meletakkan Dato Azim Zabidi. Pengerusi BSN dan Ahli Umno Bukit Bintang.

Dari awal lagi sudah nampak bibit-bibit kekalahan dalam dua konstitusi ini, apabila Jentera Gerakan ke Hulu Perak  dan membiarkan Kavies berseorangan dalam kempennya. PPP yang serba kekurangan gagal menguasai penduduk Taiping untuk terus menyokong Kavies. PPP dilihat parti bermasalah ketika itu kerana isu beliau dengan Firdaus MPAJ dan juga krisis beliau dengan Murugiah.

Umno Bukit Gantang juga enggan membantu Azim Zabidi dengan sepenuh hati dan sebahagian jentera BN Bukit Gantang membantu Tian Lian Hoe di Hulu Perak. Hairan dan pelik 2004 menolak Tian Lian Hoe tetapi membantu beliau di Hulu Perak.

Dalam kempen pilihanraya untuk dua kerusi ini kelihatan lesu dan tidak bermaya. Pas di Bukit Gantang (PRU 12) dan Dap di Taiping terus bermaharaja lela. 

Umno Taiping yang hanya mempunyai satu kerusi DUN juga dilihat sangat lemah kerana faktor calon. Umno di Pokok Asam dan Aulong gagal membendung serangan Dap yang dibantu oleh Pas dan Pkr ketika itu.

Dalam PRU 11 tahun 2004. Dap dan Pkr tidak bertanding menentang Kavies (PPP/BN) dan keputusan memihak kepada BN.

PRU 2008 Pkr  memberi laluan kepada Dap di untuk kerusi Parlimen Taiping.  Ini lah faktor kemenangan Nga Kor Meng di P60 Taiping.

Seterusnya marilah kita ikuti pula apa kata penulis blog baru mengenai peruntukan JKKK Parlimen Taiping yang ditulis oleh RTM.




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



26 Ogos yang lalu, (RTM) ada menghadiri majlis penyampaian zakat harta dimasjid Kg Boyan, dalam temubual dengan beberapa orang pengerusi JKKK Parlimen Taiping, (RTM) mengemukakan beberapa pertanyaan dan soalan mengenai aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh JKKK dalam Parlimen Taiping.

Dalam temubual tersebut (RTM) dapat merasakan ada beberapa pengerusi JKKK yang kurang senang dengan soalan dan pertanyaan yang dikemukan oleh (RTM).... selidik punya selidik dari teman rapat, (RTM) dapat beberapa sumber maklumat yang boleh dipercayai... yang menarik sekali....ialah pasal sumbangan Dana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti tahun 2009 dan 2010 yang masih belum diperolehi dari kerajaan negeri.

Sebab itulah jangan duduk dalam Parlimen pembangkang... Kawasan-kawasan Parlimen lain dalam negeri perak yang dikuasai kerajaan negeri mungkin telah diperuntukan Dana tersebut dan kemudahan-kemudahan lain seperti yang disiarkan dalam akhbar-akhbar dan media elektronik.

Rajin-rajin lah sikit... jumpa dan mintak... apa yang patut...jangan jadi bodoh sombong... tengok Badan-badan NGO yang lain mudah sangat dapat apa yang dimintak.. Yang Berhormat BN tengok-tengoklah anak buah sikit... murah-murahkan la hati tu dibulan ramadhan yang mulia ni...

Sumber : RTM blogspot