pening pening |
lagi pening |
memang pening |
"Pembalakan menyumbang kepada peningkatan hasil yang amat ketara, dari RM8 juta setahun pada zaman BN menjadi RM38 juta setahun. Budak sekolah pun boleh beza yang mana lebih tinggi di antara kedua-dua angka itu," katanya sinis.
Sewaktu banjir besar melanda daerah Sik baru-baru ini rakyat menuduh MB Serba Tak Tau membenarkan pembalakan secara besar-besaran samada halal atau haram. Penebangan balak amat ketara sekarang berbanding pada zaman BN memerintah.
Sohaimi Setpol MB Serba Tak Tau menjawab dalam blognya bahawa sepanjang pentadbiran Pas tidak ada penebangan balak dan tidak ada lesen yang dikeluarkan. Tambah Sohaimi lagi untuk mengeluarkan balak ia memerlukan 3 tahun proses kelulusannya. Justeru, pembalakan yang menyebabkan berlaku banjir adalah lesen yang diluluskan pada masa BN yang memerintah.
Bagaimanapun laporan audit di atas menyebut pendapatan hasil balak meningkat dari RM 8 juta setahun kepada RM 38 juta.
Dalam hal ini siapa yang berbohong, Setpol Sanusi Mad Nor kaki kelentong atau MB Serba Tak Tau?