Big Liar |
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri mahu kerajaan Selangor lebih rasional berhubung isu tersebut kerana kegagalan mereka bekerjasama dengan kerajaan Pusat menyelesaikan masalah bekalan air akan menyebabkan negeri berkenaan dan Wilayah Persekutuan bakal berhadapan krisis air paling teruk.
Menurutnya, jika perkara itu berlaku, ia juga akan menyebabkan negara turut dilanda masalah kekurangan air yang amat hebat kerana ia melibatkan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
''Kita tahu Selangor merupakan pusat industri bagi negara dan begitu juga dengan Wilayah Persekutuan yang menjadi pusat perniagaan.
''Jika benar krisis air berlaku dalam tempoh dua tahun lagi, cuba kita bayang apa yang akan berlaku pada masa itu. Industri kita boleh runtuh, perniagaan kita juga boleh runtuh dan lebih penting lagi rakyat kita akan menderita. Adakah ini yang kita mahukan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan sukan sekolah-sekolah ASEAN di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa gesaannya dua hari lalu supaya masalah bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan diselesaikan segera bertujuan melindungi kepentingan kroni Barisan Nasional (BN).
Abdul Khalid berkata, ia dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri, untuk melindungi Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., Tan Sri Rozali Ismail yang juga Bendahari UMNO Selangor dan Hulu Selangor.
Isu itu mula dibangkit oleh Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang, kelmarin.
Dalam pada itu, Muhyiddin sekali lagi menegaskan, isu yang dibangkitkan itu tiada mengena dengan soal parti atau politik tetapi semata-mata berkaitan dengan kepentingan negara secara keseluruhan.
''Ini bukan soal politik UMNO atau politik apa tetapi kita hendak mengelakkan berlaku masalah air pada masa akan datang. Jika kontang, siapa yang susah. Sudah tentu saya, Abdul Khalid, anda semua rakyat dan industri akan susah. Mungkin pada masa itu kita susah hendak minum.
''Semua orang mungkin terpaksa bertayamum. Kita sebenarnya mahu kerajaan Selangor lebih bijaksana, amanah dalam menguruskan masalah ini. Mengenai syarikat pemerosesan air, mereka mempunyai perjanjian dan kontrak yang perlu dipatuhi,'' katanya.
Beliau berkata, punca masalah yang dihadapi itu adalah disebabkan janji kerajaan Selangor yang memberikan bekalan air percuma kepada rakyat seperti yang pernah mereka janjikan pada pilihan raya lalu.
''Percuma memanglah percuma tetapi akibatnya kerajaan negeri terpaksa membayar kos kepada syarikat pembekal air setiap bulan dan sekarang mereka terpaksa bertahan bagi menunaikan janji tersebut.
''Jika satu hari nanti tidak dibayar, akhirnya syarikat pengeluar air terpaksa menanggung kerugian dan yang akan menjadi mangsa adalah kita semua, rakyat semua.
''Saya kira rakyat tidak akan marah jika mereka membayar bekalan air asalkan operasinya tidak terjejas tetapi mereka akan lebih marah sekiranya bekalan air tidak sampai kerana air adalah keperluan asas kita,'' katanya.