Ahad, 5 Disember 2010

KERAJAAN PERIHATIN RAKYAT



Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bercadang membina pangsapuri mampu milik kos sederhana di kawasan ibu negara untuk warga kota berpendapatan sederhana.



Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kementerian melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti beberapa lokasi di sini dan sedang berbincang dengan pemaju-pemaju hartanah untuk melaksanakan projek itu.



"Kita prihatin dengan kehendak mereka yang berpendapatan sederhana ini. Golongan ini tidak layak untuk memohon rumah kos rendah tetapi juga tidak mampu untuk membeli rumah yang mahal," katanya.



Beliau tidak menjelas lanjut mengenai rancangan pembangunan pangsapuri itu, yang dianggarkan bernilai RM200,000 ke bawah seunit.