Ahad, 14 Ogos 2011

Awas dengan pertubuhan yang memurtadkan umat Islam

Assalamualaikum,

apabila membaca mengenai umat Islam ke gereja untuk berbuka puasa, diberi wang serta dipujuk rayu untuk keluar Islam, saya rasa amat kecewa.

Pertama sekali, kata Presiden Pas, “Bukan tidak percaya tetapi tidak cukup, laporan media pun tidak cukup. Laporan media lagi kita tidak percaya. Sehubungan itu kita perlu ke medan untuk menemui pihak-pihak yang berkenaan”.

Kedua, MB Selangor pula dikatakan berdolak dalik mengenai isu pemeriksaan JAIS.

Ketiga, orang harapan dan kepercayaan Pas, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, tidak dipercayai oleh boss beliau sendiri Haji Hadi. Dalam berita lain, Ketua Pengarah JAKIM berkata “….agak mustahil bagi JAKIM untuk terlepas pandang…” bila mengulas mengenai sebuah keluarga Islam mendekati gerja untuk meminta bantuan.

Keempat-empat mereka adalah Melayu, beragama Islam, semua boleh baca Al-Quran, mengikut Sunnah Rasullullah s.a.w. dalam kapasiti masing2. Mereka semua berada di atas “Top Post” dan berkefahaman Islam paling Tinggi, malangnya, cuma seorang saja yang bekerja…Datuk Hasan Ali, yang berkali2 membela Islam tapi sering disangkal.

Dulu fasal minuman keras, kini fasal gereja/kristian. Paling jelas, mereka yang bertiga ni tidak pernah turun padang meninjau akan keadaan kedudukan Islam.

Mereka lebih percayakan sistem bekerja, menunggu laporan orang2 bawahan. Jika sistem tu slack, maka dapat lah laporan yang tidak lengkap dan tidak sahih.

Mengenai murtad dan mengkristiankan umat Melayu Islam, perkara ini dah lama berlaku…tak silap saya pada awal tahun 80an lebih ketara lagi akhir 80an.

Perkara ini sendiri telah diajukan oleh pemimpin Pas ketika itu, Allahyarham Ustadz Fadzil Noor, kata aruah (yang mendengar),sudah ada kira-kira 42 ribu umat Islam di Malaysia telah ubah akidah, tapi disangkal oleh Dr.M.

Kini kenapa pulak Presiden Pas tak percaya, masih nak menyiasat, sedangkan Allahyarham, boss beliau dulu telah membahaskan dan prihatin akan perkara ini hampir 30 tahun dahulu!!

Banyak kali tersiar di akhbar, pesakit2 Islam di hospital yang mana tiada saudara mara ataupun yang tenat akan didatangi mubaligh2 kristian, bagi duit dan bantuan…kemudiannya mengajak masuk kristian.

Perkara ini berlaku sebab Melayu Islam tidak bersatu membantu Melayu Islam yang lain. Kita Melayu, selalu membezakan latarbelakang politik, akhirnya kita jugalah yang rebah apabila menang sorak, sayangnye kampung tergadai.

Kita sanggup buat ape saje demi politik dan fahaman kita. Tetapi kita gagal melihat bahawa umat Islam di Malaysia, cuba ditarik keluar dari agama Islam, dipesongkan akidah.

Pengalaman saya, sekitar akhir tahun 80an, semasa saya buat practical di sebuah syarikat di P.Jaya, saya pernah diajak oleh seorang staff lelaki yang berpegang kepada ajaran kristian, agar mengaku jesus itu tuhan, kata nye dia sayangkan saya dan tak mahu saya masuk “hell” macam orang2 lain yang tak dapat diselamatkan.

Sebelum itu dia bertanya pada saya, adakah saya percaya adanya tuhan, dan percayakan tuhan saya? Katanya lagi, Muhammad s.a.w itu bukan lah nabi yang akhir, kerana nabi yang akhir itu adalah Isa a.s., dan Isa a.s lah yang patut kita tunggu akan kehadirannya.

Berkali2 saya diajak, perkara ini berlaku pada bulan2 terakhir saya practical. Saya dihadiahkan sebuah bible kecil (pocket bible) yang dibeli dari kedai buku yang bahan2 dan article semuanya mengenai kristian di SS2 P.Jaya.

Saya percaya, kedai tu masih ada lagi disana. Selepas bible itu diberikan, saya disuruh baca dan mendalami, dan katanye…

“Please…, confess just for one time that Jesus is our Lord and trully believe in it” katanya lagi

“it will make you more happier and you will achieve what you wish for….just confess before you go to sleep”.

Saya pun ambil bible tu dan bawa pulang. Semasa mengambil bible tu, kedua2 lutut saya menggigil, Allah saja yang tahu. Apabila tiba malam sewaktu hendak tidur, seluruh badan saya menggigil, saya amat takut sehinggakan sukar nak lelap.

Saya takut kerana ilmu mengenai Islam amat cetek, saya khuatir yang saya akan murtad. Hampir setiap masa semasa saya di pejabat, kawan saya akan bertanya sudahkah saya membaca bible tu, saya kata, cuma browse je..dan beliau akan menceritakan perkara yang berlaku di gerejanya dan berjanji akan membawa saya kesana (di Bangsar) bila ada masa.

Katanya lagi, ramai anak2 Melayu lelaki dan wanita yang sebaya saya (26tahun ketika itu) dan anak2 Melayu yang lebih muda, belasan tahun/remaja lelaki dan perempuan turut kegereja….mengapa tidak saya?

Disana kami tidak ada masalah, kami berkumpul, menyanyi, berdoa dan sembahyang. Kami semacam adik beradik bila berkumpul, tiada kelainan dari segi apapun, walaupun berlainan bangsa dan latarbelakang, kami semua bersatu memuji jesus…semua orang gembira.

“When are you going to confess…?” You can join my group.

Tiba masa, practical saya berakhir, saya tidak sempat untuk mengetahui gereja mana yang dimaksudkan dan hendak dibawa saya. Tetapi sebelum itu, pada hari terakhir disitu, kawan saya berkata lagi,

“if you made up your mind and make the confession, please call me so I could bring you to my church”

Saya tanya buat ape di gereja tu, dia kata saya akan dibaptisekan, diberi makan holy biscuit dan diberi minum holy water,

saya tanya lagi….kalau pegi je nak tengok tapi tak buat boleh ke?

dia kata sebaik2 nye dikristiankan….berderau darah saya….

Tuan2 dan puan2, lihat lah bagaimana eagernya mereka mahukan remaja2 Melayu dan orang2 Melayu masuk kristian, masalah ini bukan sekarang tetapi sudah bermula lama di Malaysia.

Pada masa saya menaip ini pun mungkin ada lagi umat Melayu Islam dipengaruhi untuk masuk kristian dan pada hujung minggu ini entah berapa ramai lagi Melayu Islam akan ke gereja2…??

Setelah saya pulang ke kampus, saya pun berjumpa Ustadz dan menceritakan perihal apa yang berlaku serta meminta dia membawa perkara itu ke atas agar pentadbir tahu dan perkara sebegini tidak jadi kepada pelajar lain.

Saya lalu menyerahkan bible itu pada nya, kata ustadz, dia akan meneliti akan perkara itu. Selepas beberapa tahun saya meninggalkan kampus, saya terbaca didalam akhbar…ustadz yang saya percaya tu adalah pengikut syiah dan belaiu baru dibebaskan dari tahanan….Allahu akhbar!!

Maka saya berpendapat, umat Islam di Malaysia perlulah bersatu kembali, tidak kira lah latar belakang politik, bangsa, ethnic, kebudyaan yang berbeza…kerana Kiblat kita sama, Kitab kita sama, Rasul s.a.w kita sama, bersolat dan taat akan Allah yang sama.

Lets put all our differences aside and lets build our brotherhood and sisters too in Islam here at SIM. Jika kerajaan atau pembangkan tak mau buat dan ambil tahu fasal umat Islam Malaysia, marilah kita sama2 laksanakan,