Khamis, 8 Disember 2011

Hasutan pembangkang yang terhodoh

Menteri Besar kaki tidur  pun nak bertanding lagi dalam PRU 13


Apa yang dimaksudkan oleh tulisan dalam artikel ini adalah kempen yang terhodoh dan bodoh oleh Parti Pembangkang [Pkr, Pas dan Dap]

Dalam masa yang sama pembangkang mengkritik ekonomi dan aset negara kononnya menjunam dan negara akan bankrup. Mereka akan pulihkan ekonomi jika diberi peluang memerintah.

David Nga Kor Ming juga mengkritik bajet Perak dalam ceramahnya , kononnya ‘Perak negeri besar tetapi pelaburannya sikit’. Nga pula mahu pembangkang merampas kembali negeri Perak untuk membangunkan ekonomi Perak.

Wah! Kalau Perak dan Kerajaan Persekutan nak bankrup kenapa pula pembangkang nak rampas kembali? Tidak kah mereka terpaksa menganggu hutan-hutang kerajaan BN?

Inilah cakap yang bodoh oleh Khalid dan David Nga. Semua kenyataan putar belit sahaja. Tak boleh diterima akal.

baca apa kata mereka.
Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendedahkan pada Dewan Undangan Negeri Selangor hutang yang ditanggung oleh Syarikat Konsesi Air, Syabas adalah sebanyak rm3 bilion.  Inilah sebabnya Syabas meminta kenaikan tinggi tarif air di Selangor.
Buat masa sekarang MB Selangor telah menggunakan kuasa yang ada pada kerajaan negeri Selangor berdasarkan perjanjian dengan Syabas bagi mengekang kenaikkan tarif air.
Tapi, sekiranya Selangor tumbang ketangan BN pada PRU ke13 nanti keadaan tentunya akan berubah.  Kerajaan Umno/BN tentunya akan menaikkan tarif air bagi menampung hutang yang ditanggung  Syabas kerana Syabas dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan membekal air di Selangor adalah milik kroni-kroni dalam Umno !
Selama ini, Umno Selangor tidak pernah menjanjikan 20 meter padu air percuma yang diberikan kerajaan Pakatan Selangor akan dikekalkan serta tidak akan menaikkan tarif air sekiranya Umno berkuasa di Selangor.  Ini bermakna rakyat Selangor tetap akan menderita akibat kenaikkan tarif air yang tinggi!
petikan dari TVS News
Menurut Khalid, selepas Syabas mendapat kontrak bagi konsesi perbekalan air, syarikat tersebut menjadikan perjanjian kontrak tersebut sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang dari pasaran-pasaran kewangan.
“Syabas telah berhutang sebanyak RM3 bilion dari syarikat-syarikat kewangan sejurus selepas memperoleh perjanjian konsasi tersebut.
“Ini menunjukkan asas perniagaan Syabas adalah dari sumber hutang bukannya dari kemampuan kewangan syabas sendiri.” kata beliau ketika menjawab soalan Adun Lembah Jaya, Abdul Khasim Abdul Aziz.
Beliau yang juga Adun Ijok berkata akibat dari bebanan hutang yang tinggi, bebanan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan cara Syabas menaikkan tarif air.
“Apabila hutang tidak dapat dibayar Syabas telah meminta dari kerajaan persekutuan.
“Disebabkan nak bantu syarikat kroni kerajaan pusat telah menggunakan wang rakyat dengan memberi pinjaman sebanyak RM300 juta tanpa faedah selama tujuh hingga lapan tahun.” jelas Khalid.
Menurut Khalid lagi akibat dari ketidakcekapan Syabas serta beberapa syarikat konsasi air di Selangor ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menggunakan dana yang tinggi untuk mengambil alih industri air dinegeri ini.
“Selangor perlu menggunakan hampir RM10 bilion untuk mengambil alih air Selangor kerana kos tersebut turut melibatkan hutang-hutang syarikat konsasi tersebut dengan pasaran-pasaran kewangan.
“Walaupun bayarannya agak besar tetapi industri air ini perlu diselamatkan bagi menjamin tidak berlaku penguasaan yang sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak bertanggung jawab yang akhirnya dibebankan kepada rakyat.” ujar beliau lagi.
-saronglama

Cakap Puak Pembangkang macam ayam jantan yang berkokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang najis