Khamis, 5 April 2012

Adun Aulong buat-buat bodoh dan buat-buat pekak

Muka Hemoi
Yew Tian Hoe atau lebih dikenali sebagai Capik hari ini bersikap biadab dalam sidang DUN petang tadi. YB DSDR Tajol Rosli orang lama dalam politik Perak dengan pantas mengarahkan Si Capik menarik balik cadangan beliau agar Ketua Polis Perak dipotong gaji RM 10 kononnya tidak bertanggung jawab.

Sampai sidang ditangguh Si Capik tidak menarik balik tuduhan dan cadangan beliau, kita tunggu apakah kesudahan episod drama Capik.

Ahad lepas YBDR Dr Zambry telah mengadakan aktiviti berbasikal, juga telah dikritik kononnya memancing undi. Pada hal, aktiviti berbasikal hanyalah riadah sambil berjumpa rakyat untuk mengenai pasti masalah mereka ,  

Capik juga dalam ucapannya menyentuh mengenai pusat judi yang berlindung bawah Cyber Cafee yang berselerak di taman-taman perumahan  di sekitar Taiping

Beliau seakan-akan menuduh polis melindungi tauke-tauke judi CC ini. Dari apa yang TM dengar ialah hampir 50 Cyber Cafee yang menjalan judi haram adalah milik 2 tauke judi dan orang DAP. Kini hampir kesemua taman - taman perumahan wujud Cyber Cafee judi ini.

Sepatutnya sebagai wakil rakyat beliau patut menangani isu Cyber Cafee ini, beliau patut berjumpa tauke-tauke judi ini supaya menghentikan aktiviti mereka.

Adalah mustahil jika Capik tak kenal tauke judi ini. Jangan lah mengharap kan polis sahaja yang bertindak, apa guna dan peranan wakil rakyat seperti Capik.

Si Capik ini sebenarnya seorang yang bijak tetapi dalam dewan buat-buat bodoh. Di Taiping dia terkenal sebagai kaki putar belit. Ramai ahli-ahli perniagaan kalau nak lari cukai  pendapatan syarikat mereka akan menggunakan khidmat syarikat akauntan miliknya.

Depan rakyat beliau tunjuk baik, Hari Raya dia sanggup tunggu depan masjid untuk bagi angpau. Kalau ada apa-apa majlis dia datang berjalan kaki untuk meraih simpati rakyat,

Sedihnya ada orang Umno sendiri yang menyokong beliau jika beliau bertanding lagi, kata mereka beliau sukar dikalahkan. Memang sedih juga lah bila dengar orang Umno kata macam tu tetapi jika dinilai semula ada kebenaran juga.

Jika BN meletakkan calon yang sama dalam PRU 12 iaitu Ong Teng Boon seorang anak taiko yang terkenal di bandar Taiping yang gila dengan pasukan beruniform [ JPAM dan St John] sudah tentu akan menerima kekalahan teruk. Oleh itu, untuk BN menang di Aulong, faktor calon sangat penting.

Penyelaras parlimen Taiping, Saudara Soo Kay Ping adalah calon yang dicadangkan