Sabtu, 30 Mac 2013

Penghulu Azam Silap Besar Bila Menyerang Taipingmali

Penghulu Azam

Terlebih dahulu Taipingmali ingin mengucapkan selamat jalan dan selamat mengerjakan Umrah kepada Penghulu Azam.

Penghulu Azam seorang penghulu di Daerah Taiping merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Masjid Kampung Expo yang baru.

Taipingmali juga memohon maaf sekiranya penulisan dalam blog ini menyentuh peribadi beliau secara sengaja atau tidak sengaja. Taipingmali juga memaaafkan kata-kata Penghulu Azam yang berupa tuduhan liar tanpa fakta yang dihamburkan oleh beliau kepada Taipingmali di Masjid Kampung Expo sebelum khutbah Jumaat dibacakan oleh Imam Wahid.

Apa yang Taipingmali dapat simpulkan ialah Penghulu Azam tidak membaca blog Taipingmali tetapi hanya berdasarkan cerita-cerita daripada mulut-mulut munafikun Pas yang menjadi perosak masyarakat di Kampung Expo.

Sudah tentu pecacai Pas totok Kampung Expo telah menokok tambah dan menuduh bahawa Taipingmali meluahkan kata-kata kesat terhadap Penghulu Azam.

Taipingmali tahu setakat mana peranan yang dimainkan oleh Azam di Masjid Kampung Expo. Azam belum pernah dilaporkan oleh anak-anak kariah mengkritik kerajaan atau mencela kerajaan yang memerintah seperti yang dilakukan oleh pecacai-pecacai Pas Kampung Expo yang menjadi jemaah masjid tersebut.

Ternyata Azam tidak menyiasat kebenaran berita yang disampaikan oleh pecacai Pas kepada beliau. Azam seolah-seolah menerima bulat-bulat segala berita yang disampaikan oleh pecacai Pas.

Sebelum khutbah tadi, Azam menyatakan Taipingmali menuduh beliau makan gaji buta, silap mak bapak tak cekik bagi mampuih , kenapa Taipingmali melibat ibu bapanya. Azam akan berdoa di depan raudah supaya diberi petunjuk oleh Allah SWT.

Sekembalinya dari Umrah beliau mahu Taipingmali menarik balik kata-kata dan tuduhan terhadap beliau, jika tidak Azam akan menyaman Taipingmali.

Untuk makluman Azam, Taipingmali berharap bacalah tulisan yang dilinkkan di bawah. Lihat betul-betul ada atau tidak Taipingmali berkata nak cekik bagi mampuih? 







Jika tak ada dalam link di atas, diharapkan Azam dapat printscreen dan tunjukkan kepada taipingmali dengan email kepada taipingmali.gmail.com , Taipingmali bersedia menarik balik jika benar ada perkataan yang seperti di dakwa oleh Azam tengah hari tadi.

Azam berkata dia minta petunjuk depan raudah tetapi Allah maha besar, Teks Khutbah yang dibacakan oleh Imam Wahid bab menghormati dan memuliakan jiran benar-benar kena sebiji kepada batang hidung beliau.

Azam adalah seorang penjawat awam dan cadangan Taipingmali ialah Penghulu Azam lebih manis dan elok sekiranya melepaskan jawatan pengerusi masjid tersebut dan elakkan diri daripada terjebak dengan mainan politik kotor dan jijik oleh Pas Kampung Expo.

Taipingmali tahu ada beberapa ekor sahaja munafikun Pas yang gemar membawa berita fitnah dan dalam masjid tersebut. Tak perlu sebut nama mereka disini, siapa yang suka buat onar rasa sendiri lah.