Tun menyampaikan amat beliau menjelang PRU 13. di hadapan lebih 7,000 orang di Simpang malam Khamis lepas. Dr. Mahathir berkata, tohmahan Kit Siang itu membuktikan hakikat bahawa pemimpin tersebut sememangnya seorang yang rasis.
DAP termasuk Kit Siang sengaja melemparkan fitnah seumpama itu semata-mata mahu orang Cina membenci orang Melayu dan akhirnya undi Cina akan berpihak kepada parti tersebut.
''Pemimpin DAP ini (Kit Siang) matanya buta. Tak nampakkah bangunan pencakar langit yang ada di Ipoh, Pulau Pinang dan Johor. Apakah ini semua milik orang Melayu? Adakah hanya Melayu dapat nikmat? Itu tidak benar, satu fitnah.
''Kaum Cina pun ada rumah besar, ada bangunan besar dan perniagaan besar-besaran seperti Tan Sri Vincent Tan, sama juga dengan kaum India seperti Datuk Seri Tony Fernandes yang memiliki 100 kapal terbang," katanya.
Yang turut hadir ialah calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bukit Gantang, Datuk Ismail Saffian dan ketiga-tiga calon Datuk Rosli Husin (Changkat Jering), Dr. Zabry Abdul Wahid (Trong) dan Loh Swee Eng (Kuala Sepetang).
Jelas beliau, sejak negara mencapai kemerdekaan 56 tahun lalu, semua kaum telah diberi peluang menjalankan perniagaan tanpa sekatan, malah ada yang dapat memperluaskan bisnes sehingga ke luar negara.
Dr. Mahathir menegaskan, beliau tidak akan berhenti bercakap mengenai kebenaran walaupun Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu beliau ditangkap kerana menggelar Kit Siang sebagai pemimpin rasis dan cauvinis.
''Itu sebab bila DAP dan Kit Siang kata Malaysia hanya untuk orang Melayu, saya kata dia rasis. Saya tak kisah nak tangkap, tangkaplah. Saya bukan jenis orang yang lari dari negeri sendiri.
''Saya tahu, mereka buat begitu (ugut) sebab nak tutup mulut saya daripada terus kata dia. Dulu bila saya kata Datuk Seri Anwar Ibrahim liwat, Karpal berjaya 'tutup' mulut saya lima tahun. Sekarang dia (Karpal) mahu tutup mulut saya lima tahun lagilah," kata Mahathir.
Beliau juga tidak mahu rakyat terus tertipu dengan sikap pemimpin seperti Kit Siang yang suka mengamalkan politik pecah belah semata-mata mahu mendapat kedudukan dalam politik.
''Malaysia yang aman ini, semua kaum dapat bahagian dan nikmat yang sama. Janganlah kita berkelahi hanya terpengaruh cakap orang sepertinya (Kit Siang)," ujar beliau.