Khamis, 18 Julai 2013

Masjid Kpg Expo engkar arahan Majlis Islam Perak



Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak telah pun mengeluarkan arahan agar tidak mengadakan tazkirah dan melarang memendekkan solat terawih dariapada 20 rakaat kepada 8 rakaat dan melarang tazkirah yang dibuat selepas rakaat ke 4.

Namum pengurusan Kudeta Masjid Kg Expo Kamunting Perak yang di pengerusikan oleh penjawat awam iaitu Penghulu Azam telah mengengkari arahan Jabatan dan kerajaan Perak yang mana Pengerusi hal Ehwal Agama Islam dipegang sendiri oleh Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau (Azam) sepatutnya mematuhi arahan tersebut sebagaimana beliau akur akan arahan-arahan jabatan kerana beliau adalah penjawat awam.

AJK masjid hanya mematuhi arahan melaksanakan solat terawih 20 rakaat tetapi meneruskan tazkirah setiap malam. Cuma tidak dibuat antara pertengahan solat sunat terawih tetapi tazkirah dibuat selepas selesai solat Isyak atau sebelum terawih

Kadangkala ia mengambil masa 30 hingga 40 minit tetapi malam tadi seorang penceramah jemputan mengambil masa lebih dari satu jam.

Dan Ajk mengambil keputusan untuk memendekkan terawih kepada 8 rakaat dan 2+1 witir.

Perbuatan mereka mengengkari arahan jabatan menyebabkan ramai jemaah balik atau ke surau lain untuk sunat terawih.

Malam tadi juga merupakan satu tazkirah politik kerana masa sejam lebih diambil hanya untuk menghentam kerajaan. Semua yang pemerintahan lakukan adalah tidak betul. Ketua polis tidak betul. BR1M pun tak betul. Semua tak betul selagi rakyat tak pilih sebuah kerajaan Islam.

Ceramah tersebut juga lebih kepada hasutan, memecah belahkan kariah masjid, menfitnah dan termasuk berunsur perkauman ( rakaman dibuat oleh anak kariah) dan akan dipanjangkan ke majlis.

Pengawai Masjid Daerah Taiping Ustaz Md Isa perlu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap AJK dan penceramah tersebut secepat mungkin.

Inilah akibatnya apabila masjid dikuasai oleh Pas,

Biasanya masjid yang dirampas jawatan kuasanya akan mengubah sistem yang ada kepada sistem Pas.

Masjid Kpg Expo yang dirampas oleh Pas melalui satu mesyuarat Agung tahun 2000 dahulu kekal menjadi milik Pas hingga hari ini.

Sehingga kini mereka tidak berani mengadakan AGM untuk memilih AJK baru sebaliknya menggunakan sistem sebelum rampas dengan mengisi kekosongan mengikut rundingan mereka dan dipanjangkan kepada pihak atasan.

Mereka juga tidak suka dan pernah membantah apabila pemilihan AJK mendapat teguran dan campur tangan wakil rakyat.

Mereka juga lebih rela menjemput Nga Kor Ming hadir ke majlis rasmi daripada menjemput wakil rakyat yang sudah tentunya dimenangi oleh BN iaitu YB Dato Zahir dan Dato Malek sebelum ini.

Harap mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Perak dan PDRM kerana penceramah menghina KPN .

Sekian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.