YB Wan Azizah Ismail atau lebih dikenali sebagai Kak Jijah Kipas baru-baru ini cuba membuat berita gempar dengan usul untuk bekerjasama dengan Umno tetapi dengan meletakkan beberapa syarat.
Jika diimbas kembali sejarah Umno kita akui Umno pernah berpecah dan tertubuhlah parti melayu iaitu Semangat 46 yang dipimpin dan diketuai oleh YB Tengku Razaleigh Hamzah.
Semangat 46 yang ditubuhkan oleh Ku Li adalah berpunca daripada kes mahkamah 1987. Ku Li membawa kes kerana tidak puas hati dengan Mahathir dan Anwar Ibrahim yang dikatakan menipu dan pertandingan pemilihan Umno 1987.
Namun demi perpaduan Melayu Ku Li sanggup membubarkan parti S46 dan menyertai semula Umno dan bertanding sekali lagi dalam PRU 1999 menggunakan lambang dacing. Kemasukan Ku Li ke dalam Umno juga disebabkan musuh politiknya Anwar Ibrahim telah dipecat oleh Mahathir.
Dengan kembalinya Ku Li ke dalam Umno ia dapat membina semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN yang diserang teruk oleh agenda Reformasi Anwar Ibrahim.
Wan Azizah juga pada tahun 1999 telah menubuhkan Parti Keadilan untuk menyertai PRU 1999 bagi tujuan untuk membebaskan Anwar yang dihumban kan ke penjara kerana salah guna kuasa dan meliwat pembantu peribadinya.
Kini 2016, Wan Azizah sedar bahawa parti PKR berada didalam situasi yang sangat lemah setelah Pas berpecah dua.
Dalam Pru dan Prk yang lepas-lepas Pkr hanya bergantung kepada sokongan dan undi Pas untuk menang.
Hubungan Pkr dan Dap juga semakin bermasalah terutama di Pulau Pinang dan Selangor, mereka hanya manis di bibir tetapi di belakang masing-masing membelasah antara mereka. Situasi yang sama juga berlaku dalam Pas dan Pan yang semakin bergasak di pentas ceramah politik.
Kembali kepada ajakan dan pujukan Wan Azizah untuk bekerja sama dengan Umno dilihat tidak mustahil dan dalam politik apa pun boleh berlaku.
Kalau Wan Azizah sudah bosan dengan Pkr maka elok lah bubar sahaja parti itu dan ramai-ramai mengisi borang Umno dan kembali kepada saf perjuangan yang asal dan betul
Maka senario politik tanah air akan menjadi lebih menarik.
Pas baru-baru ini telah menyuarakan hasrat mereka untuk membentuk blok baru yang terdiri daripada Pas, Kita, Berjasa dan kemungkinan besar parti baru Perkasa yang diketuai oleh Ibrahim Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad