Mungkin ramai terkejut bila berlaku pertembungan sesama sendiri antara PKR dan DAP di Sarawak. Ramai juga ambil kesempatan utk membalun Azmin Ali kerana mengarahkan Baru Bian utk tanda tangan watikah.
Saya bukan fan Azmin. Jauh sekali makan dedak dari dia. Malah 3 pemilihan lepas saya kempen menentang Azmin Ali. Tapi dalam isu PRN Sarawak, saya setuju dgn tindakan Azmin. Ianya adalah tindakan terbaik utk parti.
Geografi Sabah dan Sarawak tidak sama seperti semenanjung. Di Sabah dan Sarawak majoriti kawasan Parlimen adalah kawasan di pedalaman. Kawasan2 yg perlu kos yg besar utk dipelihara. Selalunya DAP tidak akan berminat dgn kerusi2 begini. Mereka lebih berminat dgn kawasan bandar yg senang di maintain. Ini adalah antara sebab PRU dan PRN lepas PKR Sabah dan Sarawak dilihat bertanding jauh lebih banyak kerusi dari DAP. Bukan kerana PKR tamak, tetapi DAP tidak mau kerusi yg perlu kos besar ni. Tapi bila usaha PKR utk mendidik pengundi luar bandar sudah sampai ke tahap boleh membawa kemenangan, DAP akan tuntut kerusi2 tersebut atas 2 alasan. PKR lemah dan DAP perlu kerusi itu utk expansion program mereka. Apakah PKR perlu mengalah dgn alasan ini? Sedangkan kerusi2 tersebut dijaga PKR sejak lebih 10 tahun.
Di Sabah PKR mengalah dan akhirnya kita sendiri berpecah ke tahap kronik. Mau ulang kesilapan sama di Sarawak dan hilang kepercayaan org ulu selamanya?
Dan, kalau DAP minta kerusi tambahan di semenanjung PRU akan datang atas alasan mau expand, PKR mau mengalah? Kalau DAP saja expand, PKR nak ke mana?
Kejadian di Sarawak skrg ni adalah pengajara utk semua, terutama DAP. Tak boleh tamak dalam berkawan.
Pimpinan pusat sepatutnya bagi sokongan padu kepada Azmin dan Baru Bian atas tindakan nekad mereka.
Tahniah Azmin dan Baru.
Shamsul Iskandar
25 April 2016