Rabu, 27 April 2016

#PRNSARAWAK: Pembinaan Hospital Sri Aman tidak terbengkalai, tunggu proses pemendapan tanah

Projek pembinaan Hospital Sri Aman tidak terbengkalai dan akan dimulakan sebaik sahaja selesai proses pemendapan tanah dilakukan.

Pengarah Kesihatan ne­geri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan (gambar) berkata, projek tersebut mempunyai dua fasa iaitu penyediaan tapak dan pembinaan.

"Projek ini bukannya terbengkalai tetapi masih me­nunggu proses pemendapan tanah yang mana tapak dibiarkan bagi membolehkan tanah itu mendap sepenuhnya.

"Ia sudah menjadi standard projek pembinaan bagi memastikan bangunan yang dibina tidak terjejas oleh pemendapan tanah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Zon Sarawak dan Sabah di sini semalam.

Zulkifli mengulas mengenai projek pembinaan Hospital Sri Aman yang dikatakan terbengkalai sehingga ditumbuhi semak dan pokok kecil di laman sosial baru-baru ini.

Projek menelan kos RM200 juta di kawasan seluas 20.6 hektar itu akan mengambil masa dua tahun untuk siap sepenuhnya.

Tambah Zulkifli, sekiranya proses pemandapan tanah tidak dilakukan, ia boleh menjejaskan struktur bangunan yang menyumbang kepada runtuhan.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_%26_Sarawak/20141015/wb_02/Pembinaan-Hospital-Sri-Aman-tidak-terbengkalai-tunggu-proses-pemendapan-tanah#ixzz470YMdcwW
© Utusan Melayu (M) Bhd