Rabu, 27 April 2016

Berita Tergempar Abu Dhabi mungkin akan memikul kebanyakan tab kewangan 1MDB - Reuters News

27-Apr-2016 13:55:50

Penulis adalah seorang kolumnis Reuters Breakingviews. Pendapat yang dinyatakan adalah dari pendapat penulis sendiri.

Oleh Una Galani

HONG KONG, 27 April (Reuters Breakingviews) - Abu Dhabi besar kemungkinan akan menanggung kebanyakan tab kewangan bagi dana Malaysia yang tidak henti-henti dipertikaikan. Pihak dari Teluk Arab berkenaan sedang buntu dengan hutang sebanyak $ 3.5 bilion yang digunakan untuk menjamin 1Malaysia Development Berhad (1MDB), malah mereka kini terpaksa membayar faedah ke atas beberapa bon tersebut. Ia seakan-akan memberi gambaran tentang apa yang akan terjadi seterusnya.

International Petroleum Investment Company (IPIC) sekarang akan membayar faedah ke atas bon sebanyak US$ 1.75 bilion selepas 1MDB tidak membuat pembayaran faedah. Dana dari Malaysia menyatakan bahawa pihak mereka boleh membuat pembayaran tetapi tidak berbuat demikian selepas terdapat pertikaian dengan rakan sejawatannya dari Teluk itu. Nampaknya IPIC mungkin terpaksa bertanggungjawab untuk satu lagi bon 1MDB, yang juga bernilai US$ 1.75 bilion, yang mana tarikh akhir pembayaran faedah ialah pada 11 Mei.

Hal itu tidak akan menyebabkan Malaysia bebas sepenuhnya. Tindakan 1MDB tidak membayar mencetuskan "cross-default" dan keadaan berkenaan bermakna pemiutang boleh menuntut wang pinjaman mereka kembali sebanyak RM 8.2 bilion (US$ 2.1 bilion). Hampir tiga suku daripada jumlah jaminan kerajaan.

Jika 1MDB tidak boleh meyakinkan pemiutang untuk memberikan pengecualian maka Malaysia mungkin perlu membayar bersamaan dengan 0.5 peratus daripada KDNK, menurut Moody. 1MDB berkata ia hanya mempunyai wang tunai lebihan sebanyak 2.3 bilion ringgit.

Pertelingkahan di antara Abu Dhabi dan Malaysia boleh berlarutan selama bertahun-tahun. IPIC mendakwa bahawa 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk membayar balik sebarang kos yang berkaitan dengan jaminan pada kewangan dan beberapa liabiliti lain, yang berjumlah kira-kira US$ 6 bilion.

Bagi pihak 1MDB, mereka mendakwa bahawa telah membayar US$ 3.5 bilion berdasarkan rundingan perjanjian dengan dua eksekutif kanan anak syarikat IPIC iaitu Aabar, di mana kedua-dua mereka telah pun meninggalkan syarikat berkenaan. IPIC menyatakan ia tidak memiliki Aabar Investments PJS Limited, syarikat yang telah menerima dana tersebut.

Dalam pada itu, ia adalah lebih mudah bagi 1MDB, kerana reputasinya yang sedang hangat diperkatakan. Ini sudah menjelaskan nilai matawang Ringgit Malaysia sehingga kini. Tetapi Abu Dhabi nampaknya tidak mahu mencemarkan nama baik mereka di kalangan pelabur. Oleh itu, ia mungkin berakhir dengan Abu Dhabi menanggung sebahagian besar dari hutang tersebut .

Diterjemah oleh: KKMM

1 ulasan:

  1. Jangan lupa IPIC bukan ambil tanggungjawab tu secara percuma. Bisnes is bisnes. Bukan macam Tok Arab yg bagi derma ikhlas tanpa balasan.

    hina dah dapat Edra, IPIC pula mungkin dapat TRX kot sebagai balasan.

    Baguslah... "Malaysia Truly Asian". TAHNIAH Mohd Najib dan 1MDBnya!

    BalasPadam