Selasa, 3 Mei 2016

BUKIT MERAH MENJADI BUKIT MARAH







Seorang sahabat menyatakan apa yang berlaku di Bukit Merah Daerah Kerian bukan lah satu bencana alam sehinggakan pihak kerajaan bercadang untuk mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai darurat.

Masalah yang berlaku di Bukit Merah ialah penerokaan haram yang menyebabkan kawasan tadahan air musnah sama sekali. Kini di bahagian tersebut telah menjadi ladang kelapa sawit.

Lebih 500 hektar hutan simpan telah diteroka secara haram sejak sekian lama.

Penerokaan haram dapat dilihat dengan jelas menggunakan aplikasi google earth atau google map.

Masalah kekurangan air yang lain ialah kerana terlalu banyak kolam ikan kelisa atau arowana yang setiap hari menyedut air terusan untuk kolam-kolam mereka.Ini satu lagi punca kekurangan air di kolam tersebut.

Walau tahap air sangat kritikal, air terpaksa dilepaskan untuk kegunaan penanaman padi yang bermula dari awal bulan April yang lalu. Sehingga kini padi masih memerlukan banyak air dan sudah tentu pintu air terpaksa dibuka walaupun paras air semakin turun.

Peringkat awal pembukaan kolam-kolam ikan kelisa juga telah mendapat bantahan penduduk kerana mereka tahu perbuatan menyedut air dari terusan adalah satu kesalahan.

Namun demikian, semua selesai selepas kerajaan negeri memberikan lampu hijau kepada penternak ikan kelisa untuk meneruskan usaha mereka dan sejak itu penduduk mendiamkan diri dan tiada lagi bantahan dari mereka.

Penduduk tempatan juga harus dipersalahkan kerana mereka rambang mata dengan wang ringgit yang ditawarkan oleh pengusaha kolam ikan kelisa untuk mendapatkan tanah sawah mereka..

Kesimpulannya ialah ia bukan bencana alam tetapi bala yang diturunkan Allah kerana hambanya tidak tahu mengurus dan menghargai alam.

http://taipingmali.blogspot.my/2008/09/ekologi-hutan-simpan-pondok-tanjung.html