Isnin, 16 Mei 2016

Kaki penceramah Datuk Kazim Elias mungkin dipotong kerana menghidapi gangren. 

BATU PAHAT, 14 Mei — Selepas diserang penyakit jantung, penceramah bebas terkenal Datuk Mohd Kazim Elias kini berisiko hilang empat jari kakinya apabila disahkan menghidap kelemayuh, atau juga dipanggil gangren.

Selain kemerosotan otot kaki, Kazim juga mengalami masalah mata, buah pinggang dan kaki, namun itu tidak menghalang semangatnya untuk meneruskan jelajah dakwah.

"Saya perlu berceramah walaupun doktor menasihatkan saya berehat. Saya ada masalah pada mata kiri, buah pinggang dan kaki.

"Kalau tidak berjaga-jaga banyak risiko akan berlaku, tapi bila saya dapat mikrofon, saya akan jadi sihat hingga susah nak berhenti (bercakap)," katanya dipetik laporan Kosmo! hari ini.

Beliau berkata sedemikian sebelum memulakan ceramah di padang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat di sini semalam.

Kazim dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu penat dan sakit dada ketika berceramah di bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong di Bachok, Kelantan pada 19 Februari lalu.

Dua bulan kemudian, masih dalam tempoh proses rawatan, beliau kembali semula berceramah di Terengganu, kemudian Johor dan beberapa negeri lain.

Kelemayuh, atau gangren, berlaku apabila tisu daging mati kerana tidak mendapat bekalan darah, dan kemudiannya diserang bakteria.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/hidap-gangren-kaki-ustaz-kazim-elias-risiko-dipotong#sthash.mtmvO6LM.dpuf



Sent from Samsung tablet.