Langkau ke kandungan utama

FENOMENA EL NINO BAKAL BERAKHIR MASALAH KAWASAN TADAHAN AIR BILA AKAN BERAKHIR?





Fenomena pemanasan lautan atau disebut El Nino dijangka akan berakhir pada bulan Jun 2016 untuk tahun ini.

Kesan pada fenomena tersebut telah menyebabkan suhu meningkat. Di Malaysia fenomena Great El Nino pernah berlaku tahun 1997 dan 1998 dengan Perlis mencatat suhu tertinggi pada skala 40.1 Celcius pada tahun 1998.

Tahun ini kesan el nino menyebabkan kematian, sekolah ditutup dibeberapa buah negeri, kebakaran dan sebagainya.

Paling terkesan khususnya di Perak ini ialah Kolam Tadahan Bukit Merah menjadi hampir kering dan nyaris-nyaris diisytiharkan kawasan darurat.

Namun 3 hari  lepas Exco Perak Dato Zainol Fadzi menyatakan tiada catuan air dan bermakna tiada lagi darurat.
Zainol Fadzi berkata peningkatan paras air sejak beberapa hari lepas memberi kelegaan kepada penduduk sekitar Kerian, Kamunting, Taiping serta kawasan perindustrian. Berdasarkan kajian, kalau paras air turun sehingga 17 kaki (5.18 meter) kita memerlukan 23 hari untuk mencapai paras 20 kaki (6.09 meter)," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri mempertimbang kemungkinan menyalurkan lebih banyak air ke kawasan pertanian di daerah Kerian jika paras air di Empangan Bukit Merah mencecah 7.01 meter atau 23 kaki ke atas.

 Air dari kolam Bukit Merah menjadi sumber utama untuk bekalan air bersih yang diuruskan oleh Lembaga Air Perak untuk minuman dan juga industri, manakala air untuk pertanian diuruskan oleh Jabatan Pengairan Perak.

Cuma air yang disedut oleh kolam-kolam ikan arowana sahaja yang tidak tahu diuruskan oleh siapa. Ini kerana JBA sememangnya melarang orang ramai mengambil air terusan.

Hampir 20 tahun sungai-sungai yang mengalir ke kolam Bukit Merah dari Banjaran Bintang mengalami perubahan demi perubahan.  Kebanyakan sungai semakin cetek dan air mengalir lesu berbanding tahun-tahun 60an. Air juga semakin berkelodak, keruh dan tidak lagi sesuai untuk kegunaan harian dan aktiviti riadah.

Segala-galanya berpunca daripada aktiviti manusia yang tamak meneroka hutan untuk aktiviti pembalakan haram, membuka ladang kelapa sawit, ladang buah-buahan seperti durian, pisang dan sebagainya.

Pencerobohan tanah resab hutan simpan kekal, resab sungai dan kawasan tadahan semakin berleluasa. Hari ini pencerobohan bukan dibuat secara kecil-kecilan, tetapi ia berskala besar. Sindiket sanggup mengupah orang tempatan untuk menjadi tonto untuk mengawal dan mengawas kedatangan pihak-pihak berkuasa.

Dalang pencerobohan rizab Kolam Bukit Merah, Bagan Serai perlu segera diusir dan didakwa sebagai bukti kerajaan negeri tidak tolak ansur terhadap sebarang kegiatan pencerobohan rizab kolam itu dan kawasan tadahan hujan.

Selain dari itu kerajaan juga perlu mewartakan kawasan tadahan air sebagai kawasan simpan kekal terutama di sekitar kawasan Kolam Bukit Merah. Walaupun proses ini sememangnya rumit tetapi ia terpaksa di lakukan untuk masa akan datang.

Amaran oleh Datuk Seri Najib Razak ketika beliau berjawatan Timbalan Perdana Menteri supaya kerajaan negeri mewartakan semua semua hutan simpan kekal yang dijadikan kawasan tadahan air di seluruh negara mengikut ketetapan Majlis Tanah Negara juga dipandang sepi dan tidak diberi perhatian sejak sekian lama.


Adakah dengan berakhirnya fenomena El Nino., maka berakhir juga segala gimik dan polimik kawasan tadahan tersebut? 

Jawapannya kita tunggu fenomena akan datang. 

Ulasan

  1. Kalau kokok berderai derai tapi tiada tindakan siapa nak dengar cakap...penyamun minta perompak jgn mencuri ....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…