Rabu, 11 Mei 2016

Kenyataan terkini Rahman Dahlan mengenai projek Kerajaan Pulau Pinang

Saya sedia maklum bahawa YAB Ketua Menteri telah menolak untuk berhubung dengan saya secara terus dan bergantung kepada Exco YB Lim Hock Seng untuk menjawab soalan saya. Walau bagaimanapun, saya akan mengambil kira ianya adalah jawapan rasmi dari pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pertama, terima kasih kerana mengesahkan apa yang telah saya katakana – dimana jumlah keseluruhan bagi kajian kemungkinan, rekabentuk lengkap dan penilaian impak kepada alam sekitar adalah RM305 juta, dimana saya andaikan hampir keseluruhannya adalah kertas kerja.

Tidak ada langsung dalam sidang mahupun kenyataan media saya; yang boleh didapati di laman Facebook milik saya, kenyataan bahawa RM 305 juta digunakan hanya untuk kajian kemungkinan berkenaan. 

Oleh yang demikian, MalaysiaKini dan YB Lim Hock Seng sepatutnya lebih berhati-hati daripada membuat andaian bahawa angka yang telah saya nyatakan untuk kajian kemungkinan tersebut adalah salah.

Ia boleh menjadi tajuk berita yang hangat namun ia juga boleh menyebabkan terjadinya salah salah yang membawa berniat buruk.

------------
Soalan 1:
Sekali lagi anda telah tersalah anggap terhadap saya. Saya tidak bertanya sama ada KESEMUA RM6.34 bilion bagi projek berkenaan dianugerahkan berdasarkan tender terbuka tetapi saya mengatakan secara terperinci jika kos tiga kajian yang bernilai RM305 juta tersebut dianugerahkan secara tender terbuka

Kita semua sedia maklum bahawa kesemua projek tersebut telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd (CZBUCG).

Namun, kenyataan Bursa Malaysia mengenai Astral Supreme Bhd yang bertarikh 15 Ogos 2013 mengatakan bahawa kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci yang menelan belanja RM270 juta telah dianugerahkan oleh CZBUCG kepada usahasama antara pemegang saham terbesarnya, Zenith Construction bersama syarikat Astral Supreme Bnd.

Lebih menarik lagi, seorang individu yang terlibat itu bukan sahaja Direktor dan pemegang saham Astral Supreme Bhd malah beliau juga pemegang saham terbesar Wira Syukur (M) Sdn. Bhd, dimana syarikat berkenaa merupakan pemegang saham terbesar Zenith Construction Sdn. Bhd.

Satu tahun kemudian, Astral Supreme ditamatkan perkhidmatannya dan alas an yang diberi ialah Astral "tidak mampu mencari konsultan yang berupaya untuk melaksanakan projek".

Dari kenyataan Bursa ini mencadangkan bahawa CZBUCG sebenarnya menganugerahkan majoriti dari RM305 juta untuk kajian kepada pemegang-pemegang sahamnya dan hakikat bahawa Kerajaan Pulau Pinang mengelak daripada soalan saya sama ada kajian-kajian tersebut telah ditenderkan, adakah adil untuk menyatakan jawapan bagi persoalan itu adalah tidak?

Pihak kerajaan Pulau Pinang juga seakan-akan tidak mengendahkan kebimbangan saya mengenai penganugerahan kepada syarikat yang sama untuk bertanggungjawab keatas kajian yang menentukan sama ada projek mereka sendiri boleh menangani sebarang kemungkinan serta mesra alam sekitar atau tidak. Adakah ini mempunyai sebarang konflik mahupun konflik kepentingan?

-----------
Soalan 2
Saya sedia maklum akan kenyataan Kerajaan Pulau Pinang bahawa ketiga-tiga kos untuk kajian berkenaan ialah 5.54% dari keseluruhan kos pembinaan.

Namun, soalan saya ialah mengapa kos kajian kemungkinan bagi tiga jalan raya yang berhubung boleh berjumlah RM31 juta sedangkan terowong bawah laut yang lebih kompleks dan berisiko hanya RM20 juta?

Jumlah kos sebanyak RM51 juta untuk kajian kemungkinan sahaja dan RM305 juta untuk keseluruhan tiga kajian tersebut masih boleh dianggap satu angka yang besar untuk melakukan sesuatu kajian dan saya sedia maklum bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak menyatakan untuk bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya yang menawarkan bantuan bagi mengurangkan kos mereka dan memastikan projek tersebut berjalan seiring dengan masa yang diperuntukkan dimana saya sendiri mengesyorkan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk mempertimbangkannya.

Kerajaan Pulau Pinang juga membetulkan kenyataan saya dengan mengatakan jumlah keseluruhan yang dibayar setakat tan sebaliknya.

Pengumuman yang dibuat oleh Bursa pada 12 Jun 2014 menunjukkan perjanjian pertama yang ditandatangani mempunyai laporan penilaian bertarikh 31 Disember 2013 yang menyatakan nilai tanag berkenaan ialah RM840 per kaki persegi.

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/4383585

Pengumumkan kedua bertarikh 28 Disember 2015 menunjukkan nilai tanah pada RM840 per kaki persegi.
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/4960089

Manakala pengumuman ketiga oleh Bursa untuk pembelian 50 ekar daripada tanah berkenaan pada harga RM2.831 bilion dari CZBUCG  yang bertarikh 15 Januari 2016 menunjukkan nilai tanah sebanyak RM1,300 per kaki persegi.
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/4976409

Oleh yang demikian, penilaian terhadap 110 ekar tanah apa harga RM475 per kaki persegi pada tahun 2014 yang diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dalam penjelasan mereka jauh lebih rendah daripada harga pasaran seperti yang dipetik dari tiga perjanjian oleh Ewein Bhd.
Tambahan pula, kerajaan negeri Pulau Piang dan CZBUCG telah menyatakan bahawa jumlah keseleuruhan kos untuk projek berkenaan tidak sampai kepada RM20 bilion apabila siap pada tahan 2025 tetapi tidak juga memberikan anggaran kos yang sebenar.

Apabila sukar untuk mendapatkan jawapan dari mereka, mungkin lebih senang untuk menyoal sebegini:

Jika harga tanah sebesar 110 ekar tersebut adalah di antara RM845 hinggan RM1,300 per kaki persegi pada hari ini, yang memberi permandangan indah pinggir laut utama di Pulau Pinang, agak-agaknya berapakah nilai tanah ini menjelang tahun 2025 nanti?

Itu akan memberi kita idea akan kos yang sebenar-benarnya bagi projek ini.

Kerajaan Pulau Pinang juga ada mengatakan CZBUCG harus menanggung kos pelbagai kajian dan kos pembinaan terlebih dahulu. Ini menunjukkan bahawa persetujuan untuk pembayaran berdasarkan nilai aset sebagai tanah bernilai.

Namun, berdasarkan jawapan di soalan 3 tadi, adalah adil untuk mengatakan bahawa CZBUCG telah diberi pampasan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan, dan berdasarkan kepada tiga perjanjian berkenaan, boleh pihak anda  mengesahkan jika CZBUCG telah menjual tanah itu kepada Ewein Bhd bagi beberapa bayaran pendahuluan?

---

Ini adalah beberapa soalan yang ramai penduduk di Pulau Pinang dan pihak NGO sering kali tanyakan berkenaan projek berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan saya percaya bahawa menjadi harapan orang ramai agar soalan-soalan ini diberi perhatian yang sewajarnya.

Saya sangat berharap agar pihak kerajaan Pulau Pinang dan YAB Ketua Menteri dapat memberi jawapan kepada kenyataan media ini.

-TAMAT-

Sumber: https://www.facebook.com/rahmandahlan.my/posts/829693430495602

Diterjemah Oleh : KKMM