Jumaat, 20 Mei 2016

Pas, PKR Berbalah Rebut Kerusi… Lupa Kena Malu Di Sarawak


Kerana tamakkan kuasa dan jawatan, parti pembangkang masih tidak mengambil iktibar kekalahan teruk mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tempoh hari tetapi sudah mula bertelagah merebut tempat untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) pula.

Pada 18 Jun dua PRK bakal diadakan serentak di Parlimen Sungai Besar di Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar di Perak. Dek kerana yakin boleh menang PKR ketika ini sedang berebut dengan PAS untuk bertanding di Sungai Besar.

Padahal, kedua-dua kerusi itu adalah milik BN sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lepas. Adakah parti pembangkang lupa konflik yang berlaku di Sarawak sampai bertembung sesama sendiri sudah sampai tahap kritikal dan perlu diselesaikan terlebih dahulu.

pkr-vs-pas

Pada mereka, sebenarnya pakatan atas dasar nama sahaja yang penting memburu tempat dan kuasa itu lebih penting biar pun ia hanya melibatkan hanya pilihan raya kecil.

Ketika, parti-parti yang membangkang ini bergerak di bawah Pakatan Rakyat pun mereka terlibat dalam konflik yang sama berebut kerusi. Kesudahannya, tersungkur juga dengan kekalahan.

Sekali lagi, kesempatan ini adalah peluang terbaik bagi Barisan Nasional (BN) untuk merancang dengan baik gerak kerja kempen untuk memenangi hati pengundi di sana dan mempertahankan legasi bakti yang sudah dipegang sejak PRU lepas.

Kerusi-kerusi berkenaan kosong selepas BN kehilangan dua wakil rakyat kerana nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar disandang oleh Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad manakala kerusi Parlimen Sungai Besar disandang oleh Allahyarham Datuk Noriah Kasnon.

Perbalahan kepala parti-parti politik ini sampai ke tahap mengugut mahu menghalau parti yang berdegil keluar dari kerjasama dalam Kerajaan Negeri Selangor. Jika parti yang berdegil terus letak jawatan, datang lagi satu konlfik dan negeri berkenaan terus goyah kerajaannya.

Kenapa agaknya PKR beriya-iya benar mahukan kerusi Parlimen Sungai Besar, masakan tidak, sebaik tahu sahaja kerusi berkenaan kosong, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus 'turun padang' dan melakukan macam-macam secara tiba-tiba di sana.

Di sana sekarang sudah ada perkhidmatan bas percuma untuk penduduk-penduduk Sungai Besar.

Sia-sialah kudrat tenaga yang sudah dilaburkan Azmin ke kawasan itu sekiranya, mandat bertanding diberikan kepada parti PAS yang tidak sekutu pun dalam Pakatan Harapan.

Mereka tidak ada pun menganjurkan program meninjau kehendak rakyat di kedua-dua lokasi Parlimen sebaliknya sibuk berbalah siapa yang layak diberikan penghormatan untuk bertanding di kerusi itu melawan Barisan Nasional (BN).

Papa Diva




Sent from Samsung tablet.