19 Mei 2016
1. Wall Street Journal terus membuat dakwaan-dakwaan palsu tetapi menyatakan ia adalah dari sumber yang tidak boleh didedahkan. Ini adalah satu tindakan pengecut bagi mengelak daripada disaman.
2. Walaupun sudah berkali-kali sumber mereka dibuktikan tidak benar, seperti laporan palsu terhadap gabenor baru Bank Negara Malaysia, pihak WSJ tetap mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas.
3. Ia bukanlah kebetulan apabila semua laporan yang dibuat WSJ terhadap Malaysia dirujuk kepada sumber dan siasatan yang tidak boleh didedahkan: ini bermula apabila Tun Mahathir memulakan Kempen Anti Najib.
4. Tiada nama atau individu yang dikaitkan dengan sumber yang diperolehi mereka. Jika sumber ini benar-benar wujud, mengapa WSJ tidak memberitahu pihak kerajaan Malaysia? Tambah lagi, bagaimana mereka boleh berharap semua tulisan yang dikeluarkan oleh mereka akan dipercayai setelah berkali-kali dibuktikan palsu.
5. Tetapi kita tahu kenapa mereka tidak mengeluarkan satu nama pun, kerana mereka tidak mampu. Kebenarannya ialah mereka melaporkan semua dakwaan berkenaan berdasarkan khabar angin dan lebih parah lagi ia bermotifkan politik 'kotor' yang diambil tanpa pengesahan yang tepat. Hanya untuk mendapatkan 'headline' yang sensasi.
DATUK SERI PANGLIMA DR SALLEH SAID KERUAK
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Diterjemah oleh : KKMM
Sent from Samsung tablet.