Sabtu, 21 Mei 2016

Rezab Bank Negara RM382.3 bilion setakat 13 Mei



20 MEI: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM382.3 bilion ( bersamaan US$97.2 bilion) setakat 13 Mei.

Menurut kenyataan BNM, kedudukan rizab itu cukup untuk membiayai import tertangguh 7.9 bulan dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek.

BNMBank pusat itu berkata, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$89.2 bilion), kedudukan Tabung Mata Wang Antarabangsa (US$0.8 bilion), hak pengeluaran khas (US$1.1 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$4.6 bilion).

Aset termasuk surat kerajaan Malaysia (RM1.88 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.08 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.29 bilion) dan aset lain (RM13.37 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM102.55 bilion), mata wang dalam edaran (RM88.08 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM165.66 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM11.48 bilion), deposit lain (RM566.36 juta), surat BNM (RM15.36 bilion), peruntukan SDR (RM7.37 bilion) dan liabiliti lain (RM17.88 bilion).