Rabu, 8 Jun 2016

Bapa calon PAN kecewa

Bapa kepada calon (PAN) di pilihanraya kecil (PRK) Sungai Besar merupakan seorang pemimpin tertinggi dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan Tanjung Karang.

Datuk Abdul Shukur Siraj yang kini terlantar di kediamannya di Sungai Haji Dorani sejak lapan bulan lalu berasa agak kecewa dengan tindakan anaknya, Azhar Abdul Shukur yang memilih bertanding bagi pihak PAN di PRK Sungai Besar.

Ditanya mengenai kecenderungan politik anaknya yang tidak sehaluan dengan beliau, Abdul Shukur mendedahkan perangai anaknya itu sejak dari bangku sekolah lagi tidak sehaluan dan membangkang Kerajaan BN.

"Dia memang dari dulu lagi, daripada dia sekolah lagi.. dia tak ada minat dengan BN," katanya dengan nada sedih.

Abdul Shukur juga pasrah dengan kehendak anaknya itu dalam berjuang di pentas politik, walaupun tidak sehaluan dengan Kerajaan yang pernah berjasa kepada rakyat kampung dan keluarganya.

Bekas Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang itu turut mengakui bahawa calon BN, Budiman Mohd Zohdi merupakan seorang anak muda yang berkelakuan baik dan banyak berbakti kepada masyarakat khususnya penduduk DUN Sungai Panjang.

"Budiman bagus," jawabnya ringkas.

Sent from Samsung tablet.